Search This Blog

Thursday, 26 March 2015

rasionalisma

Bismillahirrahmanirrahim

usai Maghrib disusuli diskusi bersamaNya, hanya ketenangan. Subhanallah.

aku bermonolog. terlintas di minda, terilham bicara.
"berpeganglah pada janji, namun bukan pada janji yang aku bicarakan, tapi pada janji Allah.
berpautlah pada hati, pastinya bukan pada hatiku, tapi kepada Empunya Pemilik hati ini (Allah)
tahu kenapa?
kerana aku tahu tidak akan mampu tunaikan janji-janjiku
kerana aku tahu tidak akan mampu memberikan hati yang bukan milikku
kerana... aku pasti pergi suatu masa nanti, kembali kepada Pencipta apabila tiba masanya.
aku akan hilang, akan tetapi DIA tetap kekal.
miliki aku, hatiku, janjiku kerana aku hanyalah kepunyaan DIA.
subhanarobbi, ya Allah"
teringat aku pada kata-kata ini, dari filem Titanic.


pada dasarnya, memang itu adalah sebagai tanda janji dan sumpah setia kita sebagai seorang insan kepada insan yang lain. khalas. tiada salahnya. tapi persoalannya kenapa harus terjun bersama? kenapa tidak kita yang tinggal mencari jalan untuk menyelamatkan pasangan atau sahabat kita yang jatuh (atau yang senghaja memilih untuk terjun), sebaliknya apa yang kita dapat, jika keduanya sudah tidak bernyawa. dimanakah janji untuk dirista? apa lagi yang mahu dibuktikan? jika yang tinggal hanyalah jenazah keduanya sudah terlentang sedia untuk dikapankan. jawaplah kepada Tuhan. waliyadzubillah.

begitu juga dengan "hidup mati bersama".

sukar untuk minda menerima. kerana terlalu 'extreme' untuk dihujahkan. atau lebih ringkas, sukar untuk dipercaya. kenapa aku berkata begitu? ada sesuatu dibalik minda.

untuk hidup mati bersama, itu aku serah kepada Allah. tapi cuba ambil contoh ini, "biar patah jemari bersama", aku berkira-kira entah berapa ramai yang akan sanggup. jangan kan hidup mati bersama. yang belum ada kepastian.

p/s : fitrah kita manusia, ingin membuktikan diri berkuasa melalui lontaran kata-kata, hinggakan lupa yang Maha Berkuasa itu tetap DIA.

wallahuta'ala a'lam.


Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 20 March 2015

Last 2 Friday

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

this entry should be posted up last two weeks (13th March 2015). but the time was not possible.

anyway, i basically do not cook but too often "iski" mencuba. Most of the time trying to be creative walaupun hentam kromo saja.


I bought these canned foods months back. Something we have never tried before (terngiang kata-kata ummi "bahapa membali anu yang nda ba paidah-paidah ane") *giggles* Well thats me, i always go for something ganjil, suka kepada yang bukan kebiasaan dan yang inda pernah di cuba.

Apparently the "squid kare kare" aneh rasanya. I read the ingredients ada campur with peanut butter and etc. It tasted just funny. Definitely that would be the last.

Photo on the right, kurma ayam. I don't eat kurma ayam except the one yang ummi masak. But my baby boy gave a thumbs up *grins*

Cucur udang. I have made this before, but sebab tais liur. Decided to make one. sibuk jua kan bali bahan. Luckily my baby sister went out that morning and jadi mangsa to do some groceries! Love you mucho baby sister. Thank you for the big help.

Google.com has the answer for the recipes. But knowing myself all to well. Semua i just ikut antam suka. Hehehe. I usually modified.





Taadaa! My version of cucur udang hehehe!




Later that night.. after an afternoon nap. Sambung masak tom yum. I have the ingredients in the photos collaged above. But disebabkan kehabisan bahan. I mean seafood. I use chicken instead. 

The family love the tom yum, alhamdulillah.. positive feedback. Tapi better still kalau seafood.

as i said, i cannot cook properly but suka main dumped everything and ikut rasa hati. *giggles*

P/s : AFC has always been my favourite channel.


Jazaakumullahu Khairan!




Faham dan Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

since i have decided to stay up till late.. might as well i would like to put some thoughts here.

earlier today i had posted little thoughts on my tumblr on the same topic.

"Yang kita faham bukanlah seperti apa yang mereka tahu.
Yang kita tahu cuma apa yang kita percaya kita telah faham.
Setuju?
Namun begitu belum tentu yang kita faham adalah apa yang telah kita diberitahu akan sama dengan apa yang mereka fahami dan ketahui.
Setiap yang difahami harus diketahui untuk memahami.
Dua penceritaan yang berbeza jika diamati.
Hampir sama makna jika kurang dalam penelitian.
Cukup sama jika itu seperti yang kita mahukan.
Tetapi tetap tidak sama dengan apa yang mereka tahu dan fahami.
Dengarkan tanpa menekankan kepada hujah, kemudian cantumkan apa yang kita tahu dan apa yang kita faham dengan apa yang mereka fahami dan ketahui.
Akan sahih di hujung pertemuan pada kefahaman dan pengetahuan.
Kerana ilmu tidak terbatas setakat memahami yang kita faham tanpa mengetahui apa yang diketahui.
ibarat dalamnya lautan jarang dibandingkan dengan tasik. Namun tasik dan laut juga wujud di atas bumi yang sama. Manakan tahu kedalamannya kalau hanya diduga menggunakan mata dan lisan yang berbicara. Betul?

Am i making any sense? =)
Wallahuta’ala a’lam.

mungkin sedikit complicated. tapi sebenarnya sangat mudah untuk difahami,

contoh terdekat. kita tahu tentang kewajipan solat, tapi berapa ramai yang 'faham' dan 'memahami' setiap bacaan di dalam solat yang telah kita lakukan berhari-hari malah bertahun. kita berpendapat sepatutnya lebih tepat kefahaman.

begitu juga dengan kita manusia. setiap insan yang bertaburan di muka bumi, tiada seorang pun yang dapat kita duga apa yang tersirat.

memang ilmu pakar-pakar psikologi mampu membantu di dalam analisa. some might understand by the book, ada yang dengan memerhati. aku kagum dengan kebolehan sedemikian.

tapi tahu apa yang lebih mengagumkan? aku kagum kerana melihat kepada keagungan Pencipta yang menciptakan mereka yang berilmu. ilmu Allah terlalu mendalam untuk difahami oleh kita manusia. dengar, nilai dan fahamkan.

Jazaakumullahu Khairan!

Saturday, 14 March 2015

True Happiness

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

just got back from cousin's Malam Bebadak at Jerudong/Sengkurong.

Alhamdulillah, tahniah dear cousin. selamat melangkah ke alam perkahwinan. semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat kalian sehingga Jannatul Firdausi.

insha Allah, akan ada jodoh. bukan kah jodoh pertemuan rahsia Allah, cuma yang pasti adalah mati. harus mempersiap diri untuk keduanya dengan menyempurnakan agama dan diri, semoga Allah temukan.

sebagai renungan bersama =)

i found few sweet definition of happiness reblogged from my tumblr.. it is indeed the sweetest =).

 a moment of iman

i like this one the most. i would not need any ustadz, kalau seorang suami dapat membimbing, akan lebih indah dan penuh makna. Allahu.

 smile =)

 Allahumma Amin! impian yang penuh barakah daripada mengimpikan majlis perkahwinan ala selebriti. (aku tidak menafikan, menjadi ratu sehari yang dirai penuh adat dan gemilang, pastinya impian semua yang ingin membina mahligai. but..... i think i'd rather have yang sederhana mengikut syariat. perhaps something like ustadz Don Daniyal and Husna Zahry wedding. comel!)

 "ungkapan kasih tanpa bicara, sentuhan hati tiada sempadan
di setiap nadi, di detak jantung, di detik waktu
abadi cintaku tersimpan buatmu ya zauji setelah Allah dan Rasul" - @theroyals501

"ya zauji, akan aku pelihara ikatan hati simpulan rasa kita,
sepertimana aku memelihara cintaku kepada Pencipta dan KekasihNya" - @theroyals501

rabbana wa taqabbal dua..

i recall, "syariat itu mudah, kahwin itu indah" a book published by KUISCELL SDN BHD by Don Daniyal, Norzi Nasir and Saifuddin Shahrom.

buat yang telah memiliki pelengkap diri, jagalah sebaiknya, hatta seorang suami mahupun isteri, jagalah hati pasangan anda, ia adalah amanah Allah. buat kaum hawa, jadilah isteri yang solehah (dan aku juga mengingatkan kepada diriku, biiznillah, mohon Allah temukan jodoh di dunia)


kepada yang masih belum bertemu jodoh atau yang akan membina mahligai. ingin aku sampaikan wasiat buat semua dan juga diriku, islam itu indah dan mudah. tiada halangan untuk memiliki dan dimiliki, ianya adalah fitrah insani yang Allah telah hadirkan pada hati. selama mana ianya berlandaskan syariat yang Allah telah tetapkan. Hukum Allah tidak pernah berubah, usahlah kita manusia menjadi sahabat kepada musuh islam yang nyata mahupun ghaib. wal'iyadzubillah.

seindah indah iman, jaga ikhtilat. insha Allah, Allah bimbing.


haqqul yaqin, HE knows the best. 

maaf, pastinya tiada layak untuk aku berbicara tentang perasaan dan hati, cerita pasangan mahupun kehidupan berumahtangga. sekadar lintasan minda dan ilmu yang cuma ibarat setitik dilautan.. aku ingin cuba menyampaikan, kiranya bermanfaat, semoga Allah membimbing hati ke jalan yang benar. tadbir setiap perasaan dengan penuh keimanan. wallahua'lam.

p/s : jom tutup malam nan indah dengan solat witir, istiqomah. dan mohon Allah izin dipertemukan disepertiga malam. insha Allah.


Jazaakumullahu Khairan!

Wednesday, 11 March 2015

As-syauq

18 februari 2015 - @theroyals501

Berat pada perasaan
Sarat pada ingatan
Penuh dalam genggaman
Semuanya pada doa terhimpun
Cukup rapi tersimpan
Tiada bicara terluahkan
Indah terukir dalam senyuman
Namun jika ianya tertuju kepada insan
Tiada melebihi dari aku merindukanMU ya Allah ya Rahman

P/s : mutiara jernih acap kali jatuh dikala kerinduan menyapa. Inni uhibbuka ya Rasullullah..

Tuesday, 10 March 2015

Cut

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

earlier this afternoon.


left : nicely taped finger with a tissue. got the cut from a rusty steel paper fastener, probably around 3ish in the afternoon.
right : at home at 9.30 pm. i guess the cut is quite deep. hope the blood will properly clot by tomorrow. hehe!

anyway, lots of things to ponder just for today.

11.30 pm, past my bed time. signing out now. laila saeda sahabat.

p/s : jom, istiqomah ambil wudhu sebelum menghadapi 'kematian kecil' i.e. sleep. doa agar Allah beri kesempatan bertemu disepertiga malam dan sentiasa dzikrullah. Ikhlas aku maafkan kalian, mohon maafkan aku.. =) bismillah. 

Jazaakumullahu Khairan!

Musibah dan Ujian

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

Sekadar ringkasan lintasan minda.

Tatkala Allah timpakan musibah dan ujian keatas kita. Hatta sekecil kecil luka dijari hingga seberat beratnya ibarat bumi digalas dibahu. Disaat itu kita mula mendekat kepada Tuhan. Menagih akan kasih dan rahmatNYA.

Sebelumnya kita cuma menjalani dan merasakan kehidupan dalam kebahagiaan dan kegembiraan. Alpa dan leka tentang kehidupan bertuhan. Kian menjauh.

Astaghfirullah.

Lihatlah betapa halusnya Allah 'menyapa' kita dengan ujian untuk menarik kita kembali beriman.  Allahuakbar!

Lihatlah hikmah pada setiap keadaan dan kejadian dengan mata hati sejernih iman. Apakah bertemu kesudahan dengan mempertikai kekurangan diri atau kelebihan insan dan sebaliknya? Akan hadirkah ketenangan rohani dengan kebencian dan amarah yang terbuku dihati? Kalaupun ya, sampai bila? (Tanyaku sendirian yang bukan mengharap sebuah jawapan)

Atau masihkah kita menyalahkan ketentuan Tuhan atas setiap perjalanan hidup kita? Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana. Aturan serta rencananNYA bukan didalam genggaman kita yang cuma hamba.

P/s : bersama memperbaiki 'posisi' iman kita. Adakah kita yang akan ingat tuhan cuma dikala duka? Alpa leka di saat suka? Wal'iyadzubillah. Doakan. Aku dan kalian terus istiqomah beriman meraih mardhatillah.. insha Allah.

Monday, 9 March 2015

Aulawiyyat ; Keutamaan

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

09.03.2015 @ 5 pm

It has been a while since the last time i had an afternoon walk. So here i am.. having a wonderful me-time walking around menyusuri jalan sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Seperti kebiasaan, perjalanan bertemankan monolog minda dan lintasan pemikiran.

Berhenti seketika meihat mereka. Bukan dari kelompok yang serupa. Namun mereka tetap harmoni berada di ladang yang sama.

If you noticed that young cutie. Such a dear deer hehe!

There it is! Paling comel dan special hehe.

Kecuali kita manusia. Terkadang suka membuat perbandingan dan hebat dalam membeza-bezakan.

tanpa kita sedari, sejak bumi diciptakan, kita telahpun berkongsi, kehidupan sesama hamba. Dan kita semua adalah milik Tuhan.

Allah ciptakan bumi, untuk kita menjalani hidup bersama menuju destinasi abadi. Berkasih sayang sesama hamba mengikut batasan yang Allah telah tetapkan.

Allah kurniakan udara dan alam untuk kita nikmati bersama. Dan bukan untuk berbuat kerosakan.

Begitu juga insan (ibu, ayah, anak, suami, isteri, kawan dan saudara sesama islam). Allah pinjamkan mereka kepada kita. Sudah menjadi fitrah insani, merasakan kemilikan itu abadi untuk kita. Kebergantungan kita kepada mereka. Adakalanya kita lupa mereka kepunyaan siapa.

Teringat kisah Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Sejak dari baginda kecil hinggalah wafat. Allah tarik dan hilangkan seorang demi seorang yang baginda sayang.. dari ibu bapa hinggalah ke isteri baginda. Hidup dalam kemiskinan, menghadapi tentangan kaum mushrikin dan menerima ujian yang maha hebat.

Kalaulah kita di situasi baginda. Pasti saja kita hamba pendosa ini akan berkata..

"Kenapa Allah ambil mereka yang aku sayang?"
"Kenapa aku hidup dalam kemiskinan?"
"Kenapa Allah uji aku sebegini?"
"Kenapa musibah begini berat, apa salahku? Dimana silapku?"

Layak kah kita sebagai hamba pendosa mempersoalkan sedemikian?

Pernah aku mendengar kupasan cerita seorang ustadz. Allah ambil insan insan kesayangan Nabi kerana Allah ingin didik hati baginda untuk kuat dan tahu tiada makhluk yang kekal. Allah ingin kebergantungan baginda cukuplah kepadaNYA. Innallaha ma'ana. Wallahu ta'ala a'lam.

Hatta hati kita juga milik Allah. Subhanallah.

Bukan semua insan mampu untuk kuat dan tabah.

Harus ingat bukan semua juga insan itu lemah dan goyah.

Tahu apa yang membezakannya? - Keimanan. Sejauh mana kita mengimani setiap yang Allah kurniakan. Hakikat iman, ada turun ada naik. Iman kita yang cuma senipis kulit bawang pasti mudah menyerah, mengeluh, memberontak dan tidak pernah redha. Allahuakbar.. siapalah kita.

P/s : Entah bagaimanakah aku kiranya diuji sedemikian? Aku pasti rebah. Namun aku mohon agar aku kuat untuk bangkit. Kerana aku yakin, Allah tetap bersama tidak pernah berganjak selama mana aku setia. Itu yang utama, berpaut kepada hanya Pencipta.

Got this during the Pesta Buku Brunei 2015.

tiada yang kekal melainkan DIA.

Wallahuta'ala a'lam.
antara persimpangan diaturkan sebuah pertemuan dan perpisahan.

Jazaakumullah khairan khatsiran

Sunday, 8 March 2015

Ibtisam; Smile

When life gives you a hundred reasons to cry, show life that you have a thousand reasons to smile.
Meski segelap mana pun hari yang kita lalui, Allah hadirkan cahaya untuk menerangi, tinggal saja kita yang mencari.. Insha Allah jumpa, pasti.
Find a reason to smile.
07.03.2015 ; thank you CBTL, KKW.

Refleksi Diri

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh

just because its saturday and tomorrow is off day, i'll be writing up a long winded stories.

on iPad - Al-Quran ; selecting surah Yusuf. on repeat. and i start typing..

rutin. mungkin ketenangan lebih diserap oleh diri dengan alunan qalamullah. Allahuakbar. sehinggakan aku merindui untuk mengikuti alunan bacaan Mishary Alafasy (my favourite reciter) ketika "cuti-cuti khas" / "Allah bagi cuti". teringat, i once listen to ceramah by Ustadz Haji Anuari (if i'm not mistaken, but for sure ceramah yang keudara melalui 93.3 Nasional FM) ada menyatakan tentang hukum dan larangan bagi kaum wanita membaca qalamullah dan ada pengecualian.

anyway, aku bukanlah yang selayaknya untuk menghuraikan tentang hukum, mohon rujuk kepada para 'alim ulama dan yang bertauliah. wallahua'lam. (nota : berhati-hati dengan internet atau Mr. Google. jangan sampai akidah goyah. kerana laman sesawang hanya memberikan apa yang kita cari tapi bukan apa yang kita perlu tahu).

earlier this morning, i had an early breakfast with my ex-college friend, my one and only breakfast buddy. kenal sejak 2012. indeed a very good friend. mengupas tentang hal ehwal semasa, sesekali terlintas bicara tentang permulaan penghijrahan.

seandainya diajukan soalan tentang kenapa atau sebab apa berhijrah? aku tiada jawapan.

first of all, i would say 'hijrah' has got to be the most 'in thing' diakhir zaman ini. alhamdulillah in a good perspective. i might just wanna share some but i would not know if this would be relevant. anyway, semoga bermanfaat. this is basically from my personal experience.

setiap perjalanan penghijrahan individu, berbeza, konsep yang sama. cuma aku tiada jawapan kenapa aku 'tiba-tiba memilih untuk menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat'.

chronology :

Januari hingga April 2013

- just got back from KL (away for 15 hari), envy dengan sisters and cousin sebab they managed to buy shawl at the cheapest price (while i was not so into it back then)

- because of that aku mula sibuk contact kawan di KL (Miss Z) tolong carikan tudong bawal and shawls.

- 29 April 2013 Miss Z post ke Brunei all the tudong bawal and shawls. guess how many tudong dan shawl and the price? i bought more than 10 or mungkin 20. i forgot. and i paid RM400 (rounded off inclusive postage) just for all of them. haha! crazy kan?


shawls and tudung bawal. actually the date advance sebulan haha! Miss Z tersilap tulis tarikh.

(sebelum travel to KL, i had few random conversations with baby sister; soalan like what if one day, we also talked about bertudung labuh, niqab dan tentang aurat)

05 May 2013

- collected parcel dari MPC and instantly decided to wear one of the shawl. i still remember it was a paddlepop coloured shawl. (semangat!)

- pakai pun sebenarnya suka-suki saja. tidak terlintas di pemikiran akan permanently berhijab.

surprisingly, Masha Allah.. next day and onwards, i wore them shawls everyday (when i say everyday termasuklah diluar waktu bekerja. because its a must to wear tudong at the office, alhamdulillah) oh, i wore them to college as well. i guess my friends dan lecturers pun tertanya di minda hehe! but yeap still no clue yang aku akan terus untuk menutup aurat.

Permulaannya yang hanya saja-saja, cuba-cuba, sebab excited ada tudong dan shawl baru... lama-lama aku jadi segan untuk tidak berhijab/bertudong. Subhanarobbi..

Namun itu hanyalah summary dari cerita penghijrahan aku. sejujurnya, aku banyak belajar daripada adinda-adinda ku. mereka lebih awal istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan memelihara solat. dan aku sebagai kekanda sulung, mereka adalah refleksi yang terbaik kepadaku. kami bukanlah datang dari kalangan keluarga ustadz mahupun ustadzah. just basic agama dan diterapkan konsep kehidupan berkeluarga. aku tidaklah sempurna tapi aku ingin menyempurnakan agamaku. dan terus belajar. semoga Allah redha.

cuma satu yang aku pasti. hormati ibu bapa. itu yang utama. sumber keberkatan di dalam hidup. pasti Allah bukakan jalan menuju kearah kebaikan, insha Allah. kerana redha mereka adalah redha Allah.

cukuplah aku yang dahulunya jahil. jahil dalam erti kata 'on and off' berhijab dan 'on and off' solat, khalas. aku masih yang dahulu, batasan pergaulan dan pakaian tidak pernah aku ambil ringan. Kerana kami di besarkan dengan begitu. kini, aku mengharapkan ingin menjadi lebih baik dari hari ke hari dan memperbaiki diri semampunya. doakan ya. aku juga mendoakan kalian. insha Allah.

p/s : kaum hawa (dan kau Adam), ana uhibbukum fillah. Hidayah milik Allah. usahakan dalam mencarinya sehingga ketemu.

"dan didapatinya engkau mencari-cari (jalan yang benar) lalu Ia memberikan hidayah petunjuk.." surah adh-dhuha [93:7]

kerana tidak ramai yang beruntung dimana Hidayah Allah berikan dengan percuma, hanya segelintir. Allahuakbar.

"dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan" surah al-israa [17:97]

sesungguhnya Allah Maha Kasih,

"dan Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah Ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka..." surah at-tauba [9:115]

pelihara hak Allah, pasti Allah pelihara hak kita.

ingin aku kongsikan berdasarkan pengalaman:

1. mulakan dengan memelihara solat (semampunya diawal waktu)

2. dekatkan diri dengan Al-Quran. ("kalau kitane kan menjadi VIP di sisi Allah, bacalah Al-Quran" - Pehin Mufti Kerajaan)

3. jaga aurat dengan sempurna mengikut syariat (tips - rujuk surah an-nur, sangat dekat dengan kaum hawa. read the tafsir. pasti kamu bersetuju dengan apa yang aku maksudkan)

4. penting. hormat dan sayang ibu bapa, utamakan mereka dalam segala hal. jaga hati mereka sebaiknya. dan bahagiakan mereka.

5. terus istiqomah. keberkatan pasti akan menyusul insha Allah.



Semoga Allah bimbing aku dan kalian dalam penghijrahan diri bermula dari hati dan tulus lillahitaala. Allahumma amin.

2 am on the dot! *pengsan* hehe!

Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 6 March 2015

Yaumul Jumuah

Bismillahirrahmanirrahim

i feel like updating this blog. i know it has been quite a while. if you notice on the right side bar, 2012 until 2014 my blog posts has dropped drastically. haha! kurangnya istiqomah aku dalam arena blogging. so, i'm taking this chance selama mana aku masih mampu untuk meneruskan 'berbicara tanpa pena'. aku adalah insan yang random, hatta pakar psikologi pun mugkin sukar untuk predict. so don't. just live with it hehe!

while i'm at this, i made myself some pasta (jangan teruja sangat. i just dumped everything into the pan and buat sukati hehe! i'm not the type of a person yang ibu-mertua-akan-bangga sebab masak memasak sesungguhnya bukanlah kepakaranku. entah, its just my assumption. i have not go to the marriage phase yet. tapi doakan insha Allah akan bertemu jodoh. ah dan lagi.. aku merapu dan tersasar dari cerita asal) other than ala-ala AFC, i am doing ke-sungai weekly routine (haha! sebenarnya monthly.. nampak kemalasan aku ke tahap yang entah gaban pun akan pengsan. this is not a good habit so no worries, i will improve. okay? *talking to myself*)


pasta yang AFC tidak akan pernah approve *grins*

things happen when you least expect it. aku berpendapat lebih indah jika kita cuba fahamkan hati yang suatu masa nanti semua yang kita tidak pernah terfikir, pasti akan terjadi. so that when the things happen kekecewaan dan kehampaan akan kurang impaknya kepada diri sendiri. story short. tadbir hati dengan sebaiknya. Allah kan ada. untuk apa kita kisah tentang semua kedukaan untuk jangka masa yang lama. banyak cara untuk menghapus kedukaan. seperti didalam bait lagu Opick, tiada duka yang abadi.

Kuliah Mufti everyday at 7.30 and 4.30 (repeat) on Nur Islam FM pernah mengupas bicara tentang 10 kelebihan berselawat keatas Nabi. Pehin Mufti said menurut Imam Al-Qurtubi antara kelebihannya is Allah akan mengangkat dan menghilangkan dukacita. lihat betapa Allah kasih kepada hambaNya, hanya kita saja yang lalai malah terus leka. astaghfirullah.  

anyway, i have yet to try this Quaker oat cookies; apple & cinnamon flavour.

i think that shall ends my rambles.

p/s : salam yaumul jumuah sayyidul ayyam. jom terus istiqomah dalam berselawat dan dzikrullah. ingat Allah dan pasti Allah akan ingat kita. haqqul yaqin.

Jazaakumullahu Khairan!

Thursday, 5 March 2015

Sahaja Aku Jatuh Cinta

Bismillahirrahmanirrahim

I went to the Bookfair during lunch time. Yesterday. Just a quick one to grab this book.

"Cinta ini bersyarat, Ada yang mengikat dan terikat" - Bonda Nor

"Kalau suatu saat nanti, hatimu suram memandang langit yang kosong dan kelam. Ketahuilah, bumi sedang berputar di atas paksinya. Bintang-bintangnya itu masih ada, cuma engkau tidak dapat melihat cahayanya"

Just a short post. Heavy headache at the moment. Hairan, kerana sakit kepala bukanlah sesuatu yang sinonim dengan diriku. Tapi tidak mengapa. Aku tahu ini ujian Allah. Kafarrah dosa. Aku mohon Allah berikan kekuatan dalam menghadapi ujian, tidak kupinta Allah ringankan beban, sudah cukup malu dengan Tuhan. Ujian tanda Allah kasih.. tanda Allah sayang. Sahaja aku jatuh cinta.. Cinta atas keagunganMu ya rabb.

P/s : Harapnya mampu to attend class later.

Kerajaan Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Menyendiri. Menyepikan diri.

Hakikatnya, bilamana aku sedang menghadapi 'perbicaraan' dalam mengadili 'kerajaan hati' di dalam 'mahkamah fikrah', lisan aku turut terhenti.

Ummi seringkali bertanya, kerana ummi lebih selesa mendengar tutur bicara. Abati kebiasaannya memerhati, kerana abati lebih teliti berkenaan hati. Allahurobbi. Betapa Allah telah ciptakan abati dan ummi pelengkap abadi. Aku menjadi iri hati. Kadang goyah mandiri. Bagaimanakah aku nanti?

Adalah terlalu asing bagi keluarga dan sahabat rapat pabila melihat aku yang kehilangan bicara. Mereka mencari aku yang kebiasaannya ceria. Aku tahu mereka memahami walaupun akan bertanya sekali sekala.

Aku menghargai mereka yang cuba membantu pemikiranku. Adakalanya terlalu berat untuk minda menampung persoalan persoalan hinggakan ibaratnya 'aku berjalan terus diatas awan tiada menemukan persimpangan.' (Teringat entry sebelum ini. Aku hampir mengalami kemalangan. Allah Allah..)

Usah membuat penilaian, aku masih berpijak di bumi nyata. Ini cuma situasi sementara. Yang aku hurai cuma sedikit. Cuma 5 peratus. Belum cukup untuk insani menilai diriku hatta pakar psikologi. Dan 95 peratus lagi.. aku selalu aturkan untukku sampaikan dalam diskusi hati bersamaNya. Itu lebih menenangkan. Persoalanku hanya DIA yang akan memberikan jawapan. Bagaimana aku tahu? Fatwa hatiku mohon Allah tetapkan. Haqqul yaqin.

"Hati yang tenang, fikirannya kekal waras. Hati yang dilanda badai, tanpa iman pasti turut hancur dibawa surutnya ombak yang kembali ke pantai" - @theroyals501



Binalah kehidupan di atas redha Allah. Capailah mardhatillah semampunya. Apapun masalah meskipun musibah, jadikan ianya kaedah untuk mentadbir kerajaan hati berpaksikan kejernihan iman. Insha Allah. Kita hidup tanpa ada apa apa melainkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah azza wajalla. Itu yang utama. Hidup dan cintai seisi dunia bermisikan syurga. Insha Allah. Dan teruskan tersenyum. (Hampir terlupa hehe)

Rabbi yassir wala tuassir.

Jazaakumullahu khairan khatsiran.

Tuesday, 3 March 2015

Istighfar

Astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah..

Accident. Almost.

Mungkin saja dengan dzikrullahku dan kebaikan yang kuada yang paling sedikit dan setentunya atas kasih rahmat Allah aku terselamat from an accident. It was just a blink of an eye. Apparently, I took the wrong lane tanpa aku sedari. Aku hairan, dan hampir tidak aku percaya, aku seolah olah nampak 'kemalanganku' in a slow motion. Allahuakbar! Ar-rahman.

Ikhlas

Bismillahirrahmannirrahim

Mereka kata aku kuat, mampu menerima setiap musibah mahupun ujian dengan sabar. Mungkin aku terima, sekadar kadar cukup untuk pemangkin semangat untuk meneruskan perjalanan.

Hakikatnya?

Biarlah menjadi rahsia antara bisikan hatiku denganNYA.. DIA Maha Mengetahui yang wujud di dasar hati.

Aku senyum dalam mengingati. Allahuakbar!

"Orang yang kuat dan sabar adalah orang yang berjaya menyembunyikan rasa sedihnya kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman yang ikhlas"

Allahurobbi.. berikan aku kekuatan dengan ilmuMu, kuatkan kefahamanku dalam agamaMu, ikhlaskan hatiku didalam jihad demi menuju redhaMu.

P/s : apakah ini tanda Allah telah mengkabulkan permintaanku? Subhanallahil adzim!

Rahsia Bahagia

Hiduplah berdamping dengan Pencipta 'keberkatan' dan bacalah selalu ayat-ayat cintaNya.

(Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu, Fatimah Syarha, Dr. Farhan Hadi)

Nuffnang