Search This Blog

Monday, 9 March 2015

Aulawiyyat ; Keutamaan

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

09.03.2015 @ 5 pm

It has been a while since the last time i had an afternoon walk. So here i am.. having a wonderful me-time walking around menyusuri jalan sambil menghayati keindahan ciptaan Tuhan.

Seperti kebiasaan, perjalanan bertemankan monolog minda dan lintasan pemikiran.

Berhenti seketika meihat mereka. Bukan dari kelompok yang serupa. Namun mereka tetap harmoni berada di ladang yang sama.

If you noticed that young cutie. Such a dear deer hehe!

There it is! Paling comel dan special hehe.

Kecuali kita manusia. Terkadang suka membuat perbandingan dan hebat dalam membeza-bezakan.

tanpa kita sedari, sejak bumi diciptakan, kita telahpun berkongsi, kehidupan sesama hamba. Dan kita semua adalah milik Tuhan.

Allah ciptakan bumi, untuk kita menjalani hidup bersama menuju destinasi abadi. Berkasih sayang sesama hamba mengikut batasan yang Allah telah tetapkan.

Allah kurniakan udara dan alam untuk kita nikmati bersama. Dan bukan untuk berbuat kerosakan.

Begitu juga insan (ibu, ayah, anak, suami, isteri, kawan dan saudara sesama islam). Allah pinjamkan mereka kepada kita. Sudah menjadi fitrah insani, merasakan kemilikan itu abadi untuk kita. Kebergantungan kita kepada mereka. Adakalanya kita lupa mereka kepunyaan siapa.

Teringat kisah Nabi kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Sejak dari baginda kecil hinggalah wafat. Allah tarik dan hilangkan seorang demi seorang yang baginda sayang.. dari ibu bapa hinggalah ke isteri baginda. Hidup dalam kemiskinan, menghadapi tentangan kaum mushrikin dan menerima ujian yang maha hebat.

Kalaulah kita di situasi baginda. Pasti saja kita hamba pendosa ini akan berkata..

"Kenapa Allah ambil mereka yang aku sayang?"
"Kenapa aku hidup dalam kemiskinan?"
"Kenapa Allah uji aku sebegini?"
"Kenapa musibah begini berat, apa salahku? Dimana silapku?"

Layak kah kita sebagai hamba pendosa mempersoalkan sedemikian?

Pernah aku mendengar kupasan cerita seorang ustadz. Allah ambil insan insan kesayangan Nabi kerana Allah ingin didik hati baginda untuk kuat dan tahu tiada makhluk yang kekal. Allah ingin kebergantungan baginda cukuplah kepadaNYA. Innallaha ma'ana. Wallahu ta'ala a'lam.

Hatta hati kita juga milik Allah. Subhanallah.

Bukan semua insan mampu untuk kuat dan tabah.

Harus ingat bukan semua juga insan itu lemah dan goyah.

Tahu apa yang membezakannya? - Keimanan. Sejauh mana kita mengimani setiap yang Allah kurniakan. Hakikat iman, ada turun ada naik. Iman kita yang cuma senipis kulit bawang pasti mudah menyerah, mengeluh, memberontak dan tidak pernah redha. Allahuakbar.. siapalah kita.

P/s : Entah bagaimanakah aku kiranya diuji sedemikian? Aku pasti rebah. Namun aku mohon agar aku kuat untuk bangkit. Kerana aku yakin, Allah tetap bersama tidak pernah berganjak selama mana aku setia. Itu yang utama, berpaut kepada hanya Pencipta.

Got this during the Pesta Buku Brunei 2015.

tiada yang kekal melainkan DIA.

Wallahuta'ala a'lam.
antara persimpangan diaturkan sebuah pertemuan dan perpisahan.

Jazaakumullah khairan khatsiran

No comments:

Post a Comment

Nuffnang