Search This Blog

Friday, 20 March 2015

Faham dan Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

since i have decided to stay up till late.. might as well i would like to put some thoughts here.

earlier today i had posted little thoughts on my tumblr on the same topic.

"Yang kita faham bukanlah seperti apa yang mereka tahu.
Yang kita tahu cuma apa yang kita percaya kita telah faham.
Setuju?
Namun begitu belum tentu yang kita faham adalah apa yang telah kita diberitahu akan sama dengan apa yang mereka fahami dan ketahui.
Setiap yang difahami harus diketahui untuk memahami.
Dua penceritaan yang berbeza jika diamati.
Hampir sama makna jika kurang dalam penelitian.
Cukup sama jika itu seperti yang kita mahukan.
Tetapi tetap tidak sama dengan apa yang mereka tahu dan fahami.
Dengarkan tanpa menekankan kepada hujah, kemudian cantumkan apa yang kita tahu dan apa yang kita faham dengan apa yang mereka fahami dan ketahui.
Akan sahih di hujung pertemuan pada kefahaman dan pengetahuan.
Kerana ilmu tidak terbatas setakat memahami yang kita faham tanpa mengetahui apa yang diketahui.
ibarat dalamnya lautan jarang dibandingkan dengan tasik. Namun tasik dan laut juga wujud di atas bumi yang sama. Manakan tahu kedalamannya kalau hanya diduga menggunakan mata dan lisan yang berbicara. Betul?

Am i making any sense? =)
Wallahuta’ala a’lam.

mungkin sedikit complicated. tapi sebenarnya sangat mudah untuk difahami,

contoh terdekat. kita tahu tentang kewajipan solat, tapi berapa ramai yang 'faham' dan 'memahami' setiap bacaan di dalam solat yang telah kita lakukan berhari-hari malah bertahun. kita berpendapat sepatutnya lebih tepat kefahaman.

begitu juga dengan kita manusia. setiap insan yang bertaburan di muka bumi, tiada seorang pun yang dapat kita duga apa yang tersirat.

memang ilmu pakar-pakar psikologi mampu membantu di dalam analisa. some might understand by the book, ada yang dengan memerhati. aku kagum dengan kebolehan sedemikian.

tapi tahu apa yang lebih mengagumkan? aku kagum kerana melihat kepada keagungan Pencipta yang menciptakan mereka yang berilmu. ilmu Allah terlalu mendalam untuk difahami oleh kita manusia. dengar, nilai dan fahamkan.

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang