Search This Blog

Thursday, 5 March 2015

Kerajaan Hati

Bismillahirrahmanirrahim

Menyendiri. Menyepikan diri.

Hakikatnya, bilamana aku sedang menghadapi 'perbicaraan' dalam mengadili 'kerajaan hati' di dalam 'mahkamah fikrah', lisan aku turut terhenti.

Ummi seringkali bertanya, kerana ummi lebih selesa mendengar tutur bicara. Abati kebiasaannya memerhati, kerana abati lebih teliti berkenaan hati. Allahurobbi. Betapa Allah telah ciptakan abati dan ummi pelengkap abadi. Aku menjadi iri hati. Kadang goyah mandiri. Bagaimanakah aku nanti?

Adalah terlalu asing bagi keluarga dan sahabat rapat pabila melihat aku yang kehilangan bicara. Mereka mencari aku yang kebiasaannya ceria. Aku tahu mereka memahami walaupun akan bertanya sekali sekala.

Aku menghargai mereka yang cuba membantu pemikiranku. Adakalanya terlalu berat untuk minda menampung persoalan persoalan hinggakan ibaratnya 'aku berjalan terus diatas awan tiada menemukan persimpangan.' (Teringat entry sebelum ini. Aku hampir mengalami kemalangan. Allah Allah..)

Usah membuat penilaian, aku masih berpijak di bumi nyata. Ini cuma situasi sementara. Yang aku hurai cuma sedikit. Cuma 5 peratus. Belum cukup untuk insani menilai diriku hatta pakar psikologi. Dan 95 peratus lagi.. aku selalu aturkan untukku sampaikan dalam diskusi hati bersamaNya. Itu lebih menenangkan. Persoalanku hanya DIA yang akan memberikan jawapan. Bagaimana aku tahu? Fatwa hatiku mohon Allah tetapkan. Haqqul yaqin.

"Hati yang tenang, fikirannya kekal waras. Hati yang dilanda badai, tanpa iman pasti turut hancur dibawa surutnya ombak yang kembali ke pantai" - @theroyals501



Binalah kehidupan di atas redha Allah. Capailah mardhatillah semampunya. Apapun masalah meskipun musibah, jadikan ianya kaedah untuk mentadbir kerajaan hati berpaksikan kejernihan iman. Insha Allah. Kita hidup tanpa ada apa apa melainkan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah azza wajalla. Itu yang utama. Hidup dan cintai seisi dunia bermisikan syurga. Insha Allah. Dan teruskan tersenyum. (Hampir terlupa hehe)

Rabbi yassir wala tuassir.

Jazaakumullahu khairan khatsiran.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang