Search This Blog

Tuesday, 3 March 2015

Ikhlas

Bismillahirrahmannirrahim

Mereka kata aku kuat, mampu menerima setiap musibah mahupun ujian dengan sabar. Mungkin aku terima, sekadar kadar cukup untuk pemangkin semangat untuk meneruskan perjalanan.

Hakikatnya?

Biarlah menjadi rahsia antara bisikan hatiku denganNYA.. DIA Maha Mengetahui yang wujud di dasar hati.

Aku senyum dalam mengingati. Allahuakbar!

"Orang yang kuat dan sabar adalah orang yang berjaya menyembunyikan rasa sedihnya kepada orang lain dan sentiasa mengukir senyuman yang ikhlas"

Allahurobbi.. berikan aku kekuatan dengan ilmuMu, kuatkan kefahamanku dalam agamaMu, ikhlaskan hatiku didalam jihad demi menuju redhaMu.

P/s : apakah ini tanda Allah telah mengkabulkan permintaanku? Subhanallahil adzim!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang