Search This Blog

Thursday, 26 March 2015

rasionalisma

Bismillahirrahmanirrahim

usai Maghrib disusuli diskusi bersamaNya, hanya ketenangan. Subhanallah.

aku bermonolog. terlintas di minda, terilham bicara.
"berpeganglah pada janji, namun bukan pada janji yang aku bicarakan, tapi pada janji Allah.
berpautlah pada hati, pastinya bukan pada hatiku, tapi kepada Empunya Pemilik hati ini (Allah)
tahu kenapa?
kerana aku tahu tidak akan mampu tunaikan janji-janjiku
kerana aku tahu tidak akan mampu memberikan hati yang bukan milikku
kerana... aku pasti pergi suatu masa nanti, kembali kepada Pencipta apabila tiba masanya.
aku akan hilang, akan tetapi DIA tetap kekal.
miliki aku, hatiku, janjiku kerana aku hanyalah kepunyaan DIA.
subhanarobbi, ya Allah"
teringat aku pada kata-kata ini, dari filem Titanic.


pada dasarnya, memang itu adalah sebagai tanda janji dan sumpah setia kita sebagai seorang insan kepada insan yang lain. khalas. tiada salahnya. tapi persoalannya kenapa harus terjun bersama? kenapa tidak kita yang tinggal mencari jalan untuk menyelamatkan pasangan atau sahabat kita yang jatuh (atau yang senghaja memilih untuk terjun), sebaliknya apa yang kita dapat, jika keduanya sudah tidak bernyawa. dimanakah janji untuk dirista? apa lagi yang mahu dibuktikan? jika yang tinggal hanyalah jenazah keduanya sudah terlentang sedia untuk dikapankan. jawaplah kepada Tuhan. waliyadzubillah.

begitu juga dengan "hidup mati bersama".

sukar untuk minda menerima. kerana terlalu 'extreme' untuk dihujahkan. atau lebih ringkas, sukar untuk dipercaya. kenapa aku berkata begitu? ada sesuatu dibalik minda.

untuk hidup mati bersama, itu aku serah kepada Allah. tapi cuba ambil contoh ini, "biar patah jemari bersama", aku berkira-kira entah berapa ramai yang akan sanggup. jangan kan hidup mati bersama. yang belum ada kepastian.

p/s : fitrah kita manusia, ingin membuktikan diri berkuasa melalui lontaran kata-kata, hinggakan lupa yang Maha Berkuasa itu tetap DIA.

wallahuta'ala a'lam.


Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang