Search This Blog

Saturday, 14 March 2015

True Happiness

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh

just got back from cousin's Malam Bebadak at Jerudong/Sengkurong.

Alhamdulillah, tahniah dear cousin. selamat melangkah ke alam perkahwinan. semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat kalian sehingga Jannatul Firdausi.

insha Allah, akan ada jodoh. bukan kah jodoh pertemuan rahsia Allah, cuma yang pasti adalah mati. harus mempersiap diri untuk keduanya dengan menyempurnakan agama dan diri, semoga Allah temukan.

sebagai renungan bersama =)

i found few sweet definition of happiness reblogged from my tumblr.. it is indeed the sweetest =).

 a moment of iman

i like this one the most. i would not need any ustadz, kalau seorang suami dapat membimbing, akan lebih indah dan penuh makna. Allahu.

 smile =)

 Allahumma Amin! impian yang penuh barakah daripada mengimpikan majlis perkahwinan ala selebriti. (aku tidak menafikan, menjadi ratu sehari yang dirai penuh adat dan gemilang, pastinya impian semua yang ingin membina mahligai. but..... i think i'd rather have yang sederhana mengikut syariat. perhaps something like ustadz Don Daniyal and Husna Zahry wedding. comel!)

 "ungkapan kasih tanpa bicara, sentuhan hati tiada sempadan
di setiap nadi, di detak jantung, di detik waktu
abadi cintaku tersimpan buatmu ya zauji setelah Allah dan Rasul" - @theroyals501

"ya zauji, akan aku pelihara ikatan hati simpulan rasa kita,
sepertimana aku memelihara cintaku kepada Pencipta dan KekasihNya" - @theroyals501

rabbana wa taqabbal dua..

i recall, "syariat itu mudah, kahwin itu indah" a book published by KUISCELL SDN BHD by Don Daniyal, Norzi Nasir and Saifuddin Shahrom.

buat yang telah memiliki pelengkap diri, jagalah sebaiknya, hatta seorang suami mahupun isteri, jagalah hati pasangan anda, ia adalah amanah Allah. buat kaum hawa, jadilah isteri yang solehah (dan aku juga mengingatkan kepada diriku, biiznillah, mohon Allah temukan jodoh di dunia)


kepada yang masih belum bertemu jodoh atau yang akan membina mahligai. ingin aku sampaikan wasiat buat semua dan juga diriku, islam itu indah dan mudah. tiada halangan untuk memiliki dan dimiliki, ianya adalah fitrah insani yang Allah telah hadirkan pada hati. selama mana ianya berlandaskan syariat yang Allah telah tetapkan. Hukum Allah tidak pernah berubah, usahlah kita manusia menjadi sahabat kepada musuh islam yang nyata mahupun ghaib. wal'iyadzubillah.

seindah indah iman, jaga ikhtilat. insha Allah, Allah bimbing.


haqqul yaqin, HE knows the best. 

maaf, pastinya tiada layak untuk aku berbicara tentang perasaan dan hati, cerita pasangan mahupun kehidupan berumahtangga. sekadar lintasan minda dan ilmu yang cuma ibarat setitik dilautan.. aku ingin cuba menyampaikan, kiranya bermanfaat, semoga Allah membimbing hati ke jalan yang benar. tadbir setiap perasaan dengan penuh keimanan. wallahua'lam.

p/s : jom tutup malam nan indah dengan solat witir, istiqomah. dan mohon Allah izin dipertemukan disepertiga malam. insha Allah.


Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang