Search This Blog

Friday, 10 April 2015

husnudzon

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum everyone.

just look at how time flies, yaumul jum'ah saiyyidul ayyam tiba lagi. jangan kan minggu, dalam hari sahaja banyak kejadian dan renungan untuk dijadikan muhasabah diri.



basically i myself memang seorang yang random. lintasan minda mudah menerjah dalam keadaan bersendiri. kerana itulah bersendiri atau berdiam diri adalah sesuatu yang indah. being alone is not something that you can define as a loneliness or being lonely.

cuba lihat balik bagaimanakah sangkaan kita terhadap Allah? sangkaan kita terhadap manusia?

syaitan atau nama asalnya Azazil dan juga dahulunya adalah ketua kepada para malaikat, oleh kerana ingkar kepada perintah Allah, Azazil dilaknat. ianya dirakam kan di dalam Al-Quran. wallahua'lam. (Ustaz Haji Abdullah Lakim)

ini adalah refleksi diri, banyak iktibar yang boleh kita perolehi daripada al-quran. Masha Allah.. innallaha 'azizun hakim.

untuk dikaitkan dengan kita manusia, kita adalah khalifah dunia yang Allah ciptakan. tidak akan pernah lari daripada hasutan syaitan laknatullah. jangan silap. syaitan tidak cuma akan menghasut dengan jalan kejahatan, malah melalui cara yang paling sehalus-halusnya. lihat betapa kuat keazaman syaitan untuk menyesatkan kita. pernah dengar cerita Barsisa? yang kuat beribadah namun akhirnya mati dalam menyekutukan Allah. wal'iyadzubillah. (try to dengar the story of Barsisa daripada 'alim ulama, sebuah keinsafan. i don't rely on google. al-maklum, dengan ilmu aku yang cetek aku takut akidah tersasar dengan information yang tidak relevant)

nota buat diri sendiri :

- kita cuma hamba, bukan hak kita untuk menilai baik buruk sesama hamba. jangan mudah menghukum. mereka yang dahulunya paling terburuk akhlaknya, paling jahat sifatnya, tidak mustahil jika Allah mengkehendaki nanti matinya dalam keadaan beriman. apatah lagi kita yang memiliki iman senipis kulit bawang. Allahuakbar.. mohon Allah menjemput kita dalam husnol khotimah. bersangka baiklah dengan sesama hamba, dalam erti kata berhati-hati dengan kebaikan mereka, jauhkan diri dari kejahatan mereka. yang penting kita, usah menghukum. cukup sahaja kita bersangka yang baik, selebihnya itu adalah urusan mereka dengan Allah.

- didik hati. bahagia bermula dari hati yang paling bersih dan suci. bicara di mulut kita bukanlah jaminan menyatakan kita beriman. ingat, bukan kah di alam sana nanti mulut akan dikunci dan anggota kita yang lainnya akan menjadi saksi?

- lihat juga sejauh mana keseriusan kita dalam menjadi khalifah di muka bumi dan menjadi hamba kepada ilahi. Seiring kah atau berlainan haluan?

Wallahua'lam.

p/s : salam dhuha buat semua =)

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang