Search This Blog

Wednesday, 15 April 2015

Masa : ada atau tiada?

Bismillahirrahmanirrahim

Usai solat zohor, duduk berteleku. Minda beransur kembali ke alam nyata setelah selesai menghadirkan diri bersama yang Esa.

Seorang diri, duduk sepi di dalam musolla. Termenung.

Teringat kembali kata-kata ustaz dan para 'alim ulama. Antaranya ..

Al-Quran adalah Nur.

Al-Quran ialah mukjizat.

Hanya kepada yang membacanya sahaja akan diberikan Nur. Allahuakbar!

Pernah di soalkan, bila kali terakhir kita membaca Al-Quran?

Tersentap dengan soalan atau tiada terkesan? Kita jawap jujur pada diri.

Nur Muhammad, itulah yang baginda miliki. terlalu kuat memancarkan cahaya, dan baginda Nabi tiada bayang-bayang. Scientifically, jika cahaya di suluh cahaya? Pasti tiada bayang-bayang. (I refer to syarahan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.. masha Allah tabarakallah..)

Apatah lagi Nur Allah. Rujuk surah An-Nur Ayat 35. Perumpamaan yang menceritakan betapa Agungnya Nur Allah.. subhanallah.

Ada masa, kita baca qalamullah. 

Tiada masa, cuba cari kesempatan untuk baca qalamullah.

Jika kita masih punya alasan, sekadar renungan.. berapa banyak masa yang Allah telah bagi izin masa untuk kita hadir bekerja, bergurau senda bersama keluarga dan sahabat, masa untuk meneliti instagram, twitter, tumblr dan sebagainya. Semuanya tidak salah cuma keseimbangan dan lebih kan kepada 'perhubungan' dengan Allah. (#notetoself)

Mungkin kita boleh cari alternatif atau consistency dalam pembacaan. 

Mungkin kaedah berikut bermanfaat:

- a page per day, untuk latihan diri peringkat permulaan.

- a page in the morning and at night before off to bed.

- 2 pages early in the morning before we melakukan apapun pekerjaan. This one is very interesting. You can personally keep sebuah al-Quran di pejabat. Catat tarikh kita mulakan pembacaan dari al-fatihah. Cuba untuk terus istiqomah untuk baca 2 pages setiap hari berterusan sehingga khatam. I'm sure right after few days atau weeks, you'll be surprised that you can go that far. Alhamdulillah! Its an effort at least, kan? =))

- also, keep another al-Quran khusus untuk pembacaan di rumah. Guna kaedah seperti point diatas.

I hope it helps! Jom sama-sama simpan misi ke syurga =)

Tidak menghairankan jika para sahabat baginda, tabi'e tabi'in mampu mengkhatam kan al-Quran dalam satu malam. Ustaz Don said itu adalah karomah dan "man lam yazuq. la yadri". Maksudnya, kita tidak biasa buat kita tidak tahu.

If i were to see the point there. Kita cuba buat, baru kita boleh rasa, ia akan menjadi perkara biasa dan tidak mustahil untuk kita mencapai ke tahap perlahan-lahan from satu baris qalamullah dan membawa kepada ber juzu' al-quran dalam masa sehari! Amin.

Sebelum aku terlupa, sebagai tips. aku lebih selesa menggunakan mushaf yang punya tafsir. I got mine yang bahasa melayu. Lebih mudah untuk faham dan meresap kedalam jiwa. I cannot understand bahasa arab tapi dengan adanya tafsir insha Allah, selautan yang boleh kita fahami dan pelajari. Masha Allah =)

 
My mini mushaf. Please ignore all the tags. I just love to stick them on mana-mana pages yang penting. Kalau baca buku akademik kita suka conteng, tapi dengan al-quran kita kekal kan adab, its qalamullah =)) walaupun tafsir, sebaiknya berwudhu. Ustaz Don kata, lihat kaabah ada pahala, lihat dengar apatah lagi baca al-quran ada pahala. Jom pulun pahala banyak-banyak.

p/s : kadang kita lupa kita punya banyak dosa. Dosa dengan makhluk dan dosa dengan tuhan. Disebabkan oleh dosa, hati kita menjadi keras seperti batu dan kelam ibarat pekatnya malam.

Nabi pesan, dzikrullah menyucikan hati yang kotor.

Allah berfirman, dengan dzikrullah hati menjadi tenang.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia" 
[Surah ar-ra'd 13:28]

"Al-quran adalah kepala dzikir" - pehin mufti kerajaan.

Usaha cari masa, sebelum tiba masa kita kembali kepada Pencipta.

Jazaakallahu khairan khatsiran!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang