Search This Blog

Friday, 8 May 2015

hebat milik siapa?

Bismillahirrahmanirrahim

seminggu berlalu, hari jumaat menyapa kembali.

teringat perkongsian Ustaz Don Daniyal. sunat meraikan hari jumaat kerana baginda nabi berbuat demikian. antara kebiasaan nabi di hari jumaat memakai pakaian berwarna putih dan hijau. rindu menyentuh hati mengenangkanmu ya Rasulullah. Allahumma solli 'ala saiyidina muhammad. semarakkan hari jumaat dan kehidupan seharian dengan sunnah. insha Allah.

kita khalifah dunia. jika kita hebat, kita rasa bangga.

kehebatan kita dipuji dipuja, alhamdulillah.. jika itu adalah nikmat yang Allah datangkan untuk kita merasa. kata-kata 'hebat' diberikan buat kita, kita terima. tapi 'hebat' itu bukanlah milik kita. kehebatan kita yang dipandang sesama manusia. disebalik kehebatan itu, ingin aku menarik perhatian kita semua.

bayangkan sejenak..
betapa hebat dan gah nya bangunan mencakar langit di bina oleh manusia.
betapa hebatnya seorang insan mentadbir diri, keluarga ataupun negara.
betapa cantiknya taman-taman buatan manusia

akan tetapi mereka yang serba berkebolehan itu adalah manusia. jika yang hebat itu adalah manusia, cuba lihat kembali siapa yang menciptakan manusia? pastinya jawapan sudah kita temukan. Subhanallah. hebatnya yang dicipta maha hebat lagi yang mencipta.

aku rasa tidak perlulah untuk mendabik dada, melaungkan seluruh dunia tentang sesebuah kehebatan, kerana ia nya tiada layak untuk kita milliki, cuma mampu untuk kita pinjam dan hargai.. segalanya milik Allah =)

wallahua'lam.

pernah sesekali aku berfikir dan terfikir.

kenapakah kita manusia, hanya mengambil peduli tentang sesuatu yang kita suka dan kita biasa hadapi?

apakah halnya jika sesuatu itu bukan yang kita gemar atau suka? 


kadang-kadang sesuatu perkara yang mencabar setiap sudut segi kewarasan akal, ketenangan emosi pastinya bukanlah suatu yang kita gemari. mungkin kebiasaanya adalah begitu mudah untuk kita melenting. terlalu cepat untuk kita mencari kesalahan siapa dan kenapa.

terlalu kurang peratus (tiada kajian, cuma bedasarkan pandangan peribadi) dalam diri kita untuk menerima, menghadam, memikirkan, meneliti setiap sesuatu yang 'negatif' itu apa dan dimana hikmah nya. Allahuakbar.

aku berpendapat tidak semua yang negatif itu jahat atau buruk. (kalian setuju?) itu hanyalah penilaian dan persepsi kita sebagai manusia semata-mata. dan tidak juga semua yang positif itu baik untuk kita. ada kala nya perlukan pendekatan tertentu.

mungkin terlalu samar-samar persoalan diatas. memandangkan aku pernah membicarakan isu ini dalam entri sebelumnya mungkin jika diberi izin untuk aku jadikan sebagai contoh iaitu poligami. maafkan jika aku tersilap mengulas.

hanya yang punya hati sejernih tasik mampu melihatnya dengan pandangan berhikmah. mungkin aku tidaklah sampai ketahap itu. namun aku tetap akan mencuba menghuraikan sebaik mungkin agar ianya tidak dipandang sesuatu yang sukar diterima akal sempurna.

bagi aku poligami itu asing. cukup asing. aku mengambarkan ianya bukanlah yang menjamin kebahagiaan sebuah rumahtangga. tambahan lagi jika kita isteri yang pertama. isu kesetiaan suami yang goyah, kasih sayang yang pudar dan kesemua persoalan akan timbul, malah menghantui pemikiran. penyebab jiwa terseksa.

aku juga wanita, entahkan aku akan sanggup atau sudi diperlakukan sedemikian. tapi tidak salah untuk aku cuba memahami.

meskipun kita wanita, lengkapkanlah diri secukupnya dengan ilmu. carilah ilmu dengan pelbagai kaedah. namun harus juga kita tanam dalam hati bahawa

"hidup bukan menyemai kejahilan sehingga mudah diperkotak katikkan orang, tetapi biarlah cukup berilmu yang bukan untuk membina ruang mendabik dada".

bahaya jika kita kaum hawa jika tiada beriman, disorongkan emas dan harta boleh menjadikan kita gelap mata. begitu juga dengan musibah atau kesusahan, khuatir hilang pedoman.

contoh jika poligami itu sinonim dengan negativity, kaji ilmu mengenainya jangan berterusan menolak nya ketepi. kerana apa?

setiap perkara semakin kita kurang berpengetahuan mengenainya, semakin kita akan merasa resah, gelisah, diambang ketakutan malah menyebabkan tekanan. jika kita mencambah ilmu tentangnya, pasti kita akan lebih tenang. kerana memahami itu lebih baik dari membuat assumption.

dan ada juga aku pernah terbaca di dalam beberapa buah buku beberapa tahun lalu yang poligami itu (ringkasnya) :

- menghapuskan maksiat
- memberi ruang menyelesaikan masalah keluarga yang memerlukan zuriat
- berperanan menyusun masyarakat supaya nasib wanita terbela

sesuatu yang positif. tapi jangan silap wahai kaum hawa. hanya seorang suami atau kaum adam yang hebat beriman dan terpilih sahaja yang mampu menanai dan memikul tanggungjawab yang umpama menggalas dunia diatas bahu. fikir tentang dosa pahala, syurga neraka. aku berani menyatakan Rasulullah salallahu alaihi wassalam adalah orang yang paling berjaya mendidik isteri-isteri baginda, paling aman dan bahagia. malah contoh terbaik.

wanita adalah yang paling mudah masuk syurga namun jangan lupa bilangan yang ke neraka juga banyak. pilihan, kita yang menentukan. cuba cari dan pelajari jika ingin menjadi penghuni syurga.


umumnya, jika kita terluka, kecewa, derita, lemah menangani emosi dan sebagainya, adukanlah kesemuanya kepada Allah azza wajala. kerana pengubatan hati melalui DIA adalah yang terbaik. bukankah Allah Maha Mengetahui, Maha Bijakasana?

but i wouldn't say it is wrong untuk berkongsi dan mengadukan kepada suami, orang terdekat, sahabat karib. tetapi berhati-hati. kita manusia, mereka juga manusia. jangan sampai dikhianati. walaupun kadang kala terubat dengan meluahkan rasa, tetapi itu hanyalah pengubatan yang bersifat sementara.

muhasabah diri itu penting.

elakkan mempersoalkan kasih sayang orang kepada kita (suami, isteri, ibu bapa dan siapa sahaja), kerana semestinya mereka telah membagi sehabis baik. cuma penilaian kita sahaja tidak telus malah kekadang tamak dengan perasaan.

tapi cuba tanya kepada diri sendiri sejauh manakah pemberian kasih sayang yang telah kita berikan?

jika orang lebih baik dan lebih hebat dari kita, cuba untuk mengerti itu adalah peluang untuk kita memperbaiki diri kita. belajar untuk memanfaatkan kebaikan yang dipamerkan. tidak perlu sombong dan ego untuk belajar untuk menjadi yang lebih baik. hargai keistimewaan setiap makhluk yang Allah telah ciptakan, untuk kita renungkan. begitu juga untuk belajar menghargai diri sendiri terutamanya.

sering saja kita terlalu runsing dan risau dengan kehilangan cinta suami, cinta isteri, cinta sesama manusia? bagaimana dengan cinta Allah yang kekal? cinta manusia hanyalah sementara. meskipun cinta manusia itu bersifat tidak kekal, tanailah dengan sepenuh hati kerana sifat kasih mengasihi itu adalah nikmat yang Allah telah tanamkan sejak Adam dan Hawa dicipta. Masha Allah, Allah Maha Kasih, Allah Maha Cinta.

belajar untuk sentiasa husnudzon dengan Allah. Allah itu Maha Adil sifatnya. jadilah insan yang "tersenyum bila tidak diuji dan tetap terus tersenyum pabila diuji". dan bersangka baiklah sesama manusia. kena rasa orang lain lebih mulia daripada kita.

Allah berfirman didalam surah Al-Hujurat (49:12)
"sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah berdosa"


apapun kita, siapapun tujuan kita, biarlah Allah mendahului setiap niat dan langkah kita. insha Allah, Allah pasti memimpin hati kita. jadikanlah diri kita yang terbaik, jika belum soleh atau solehah, usahakan. jika belum bertemu jodoh, kita perbaiki diri, dekatkan diri dengan cinta Allah. jika sudah bersuami dan punya anak-anak, teruskan menjadi yang terbaik kerana ....




kalian titipkan doa buat ku. kerana setiap doa sahabat yang tidak kita ketahui, Allah makbulkan. insha Allah aku sentiasa mendoakan kalian.

bersyukur atas setiap sesuatu.

Allah belum berikan kita jodoh, mungkin Allah ingin berikan kita ruang seluas-luasnya untuk kita berbakti dan berkhidmat kepada kedua ibu bapa kita kerana mereka adalah syurga kita. atau berbakti kepada adik beradik dan orang sekeliling.


Allah Maha Kasih, Allah ingin jauhkan kita daripada menderhaka kepada suami jika kita menjadi isteri. Allah lebih mengetahui, tidak perlu runsing. Allahurobbi ya kareem.

bukankah itu rahmat Allah yang terindah?

hebatnya kita tapi jangan lupa hebat lagi dosa-dosa kita. Allahu ghafurur rahim.


wallahuta'ala a'lam.

p/s : astaghfirullah.. astaghfirullah.. astaghfirullah. we share some goodness. niat kerana Allah, aku harap sekadar lintasan minda ini sebagai "uusikum waiyaya" - wasiat buat semua dan juga diriku. kerana aku juga manusia, aku juga wanita, tetapi aku tidak lupa aku tetap hambaNya. hatiku milikNya. kejarlah cinta Allah sebelum cinta manusia =)


Muhasabah diri kuasa Allah mengatasi setiap segala sesuatu..


photos from google.com

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang