Search This Blog

Friday, 1 May 2015

Dua, tiga atau empat?

Bismillahirrahmanirrahim

This is quite an interesting topic to be discussed about. Interesting dalam context pandangan, tanggapan, sudut pemikiran yang pelbagai.

Sebelum aku mula melontarkan bual bicara, jaga hati jaga akal. Jangan sampai kita gagal hanya dengan memberikan hukuman kepada siapa atau mana-mana pihak.

We have to be neutral on this. So that kita semua mampu menerima atau menolak perihal yang berkaitan dengan berhemah dan bukan dengan tohmahan. Shall we? =) bismillah.

I had random conversations bersama rakan sekerja di waktu tengahari. Bermula dari satu kertas kerja hingga timbul cerita ini. Yang pasti hanya sepintas bicara sekadar memecah kesunyian tengahari.

Male colleague, married to a wife and has 5 kids.
"Bukan sanang kawin dua ane. Nafkah lagi, kos hidup lagi kan difikirkan. Anak anak lagi"

Lady colleague with 10 children.
"Husbandku ku suruh ia kawin lagi. Sekali apa nya nah husband ku.. jangan tah kan menambah masalah lagi hehe."

And she continued.. "jadinya aku ane masalah tah sudah buatnya ne haha"

So i tried to masuk dalam their conversation. I threw a question to my male colleague.

"Kalau tah kiranya, wife kita setuju and suruh kita kawin lagi, macam mana?"

With a long paused then he answered,
"Antah, payah jua bah. Mikir kan belanja lagi"

Based on observation and penganalisaan, i came up with varieties of buah fikiran. That has always been me. I don't judge. Personally, I don't like to judge.

Basically, perkara sebegini bukanlah satu fenomena. Telah wujud sejak zaman nabi dan kaum terdahulu. Di dalam Al-Quran, Allah telah banyak menceritakan, memberikan garis panduan. Surah An-Nisa, hayati.

Ia nya terpulang kepada si penerima. Tiada jawapan yang betul mahupun salah.

Aku melihat dari pelbagai sudut kehidupan.

Pertama. Jika kita dilahirkan di kalangan keluarga yang memang sudah sinonim dengan poligami. Pergaulan masyarakat banyak berkisar tentang kehidupan di mana suami memiliki isteri lebih dari seorang.

Jadi pandangan dan penerimaan kita, sudah setentunya akan biasa-biasa saja. Bukan satu topik yang besar untuk di bahaskan. Kerana kita sudah terbiasa. Tidak ada masalah untuk istilah poligami. Mungkin saja kita pula yang akan merasa kehairanan jika suami punya isteri seorang sahaja hehe.

Kedua, jika kehidupan yang sebaliknya dari situasi pertama. Kita dibesarkan dengan kelompok atau pendidikan diri dan minda tentang "stick to one", yang memandang poligami itu sesuatu keaiban.

Justeru, bagaimana dengan pandangan kita? I'm very sure pengaruh penolakan kita tentang poligami pastinya hebat. Seolah olah dunia ini telah berakhir dan berpisah adalah satu jalan yang jelas di depan mata. Wal'iyadzubillah.

So here it is. Ini cumalah pandangan dan penerimaan ku terhadap isu poligami. Bukan bermakna dengan memberikan hujah ini, aku bersetuju mahupun menolak isu tersebut. Sekiranya apa yang aku cuba sampaikan ini punya manfaat, khalas, ambillah kebaikannya. Jika ianya sukar untuk diterima akal yang sempurna. Aku mohon maaf.

Firstly, i have no background tentang poligami. Dikalangan keluarga, we seldom talk about it cuma ada ketikanya ia menjadi topik bergurau untuk mencuit hati, in a good way of course. But, i am sure orang terdekat tidaklah begitu bersetuju untuk istilah poligami wujud. Penerimaan agak negative dan its not a happy story. Walaupun ianya berkisar perihal agama misalnya.

Izinkan aku untuk mengupas dari pelbagai sudut pandangan ku yang serba kekurangan ilmu ini. soal hukum, rujuklah kepada mereka yang lebih faqih dan berilmu.

Ketaatan kita sebagai seorang wanita dimulai dengan Allah, Rasul dan suami (kepada ibu bapa jika belum punya suami). Ringkasnya, kenapa Allah dan Rasul yang utama?

Allah tahu bahawasanya kita kaum lemah lembut yang memerlukan bimbingan dari kaum Adam. Allah sayang kepada kita, martabat kita diangkat dan diselamatkan dari zaman jahiliyah. Disebabkan itu, aku berpendapat jika seorang suami meninggalkan seorang isteri, menganiyaya dan sebagainya. Seharusnya impak kedukaan mahupun kelukaan tidak lah terlalu berat kerana kita telah menyematkan di dalam diri dan hati ketakwaan kita yang utama adalah kepada Allah. Kita masih punya Allah, Allah bersama kita. Kita miliki cinta Allah dan cinta Rasul. walaupun harus menanggung kedukaan ditinggal pergi hidup atau dijemput ilahi.

Permasaalahan. Ini tertakluk kepada sejauh mana penerimaan kita. Adakah kita mudah melenting jika ditimpakan musibah dari yang kecil sehingga melibatkan musibah rumah tangga. Atau diri kita mampu menganggap semua musibah itu adalah ujian Allah semata-mata. Allah uji bukan cuma dengan kesusahan malah dalam kesenangan. Sejauh mana ketakwaan kita.

Pernah dengar pepatah atau kata kata..
"nothing can mend a broken heart"
"hati ibarat kaca, jika hancur tidak akan kembali seperti asal"

Aku tidak menafikan jika itu adalah juga kebenaran. Namun cuba lihat dari satu sudut yang lain.

Lihat sifat Hati itu sendiri. Hati diperbuat daripada darah dan menjadi seketul daging. It is soft to touch and it can never be broken.

Ramai yang menjadi penderma organ hati, di mana hati akan tumbuh dan bercantum semula. Hati tidaklah sekeras batu seperti yang telah dikatakan.

Cuma, pemikiran kita sahaja yang sudah terbiasa mentamsilkan bahawa hati itu sedemikian.

Baginda Nabi berpesan untuk menyucikan hati dengan qalamullah, dzikrullah. bermakna hati itu boleh dibentuk mengikut acuan tertentu.

Hold on. Can you see how aku melarat haha. Sorry sorry. When you have so much to say.. jemari kurang berkerjasama hehe.

The point is, mungkin saja hati kita terlalu kotor dengan dosa sehinggakan kita melihat setiap sesuatu perkara, kejadian menjadi satu masaalah yang membebankan. Sukar untuk menerima atau menimbang baik pelbagai keadaan. Allahuakbar. Fitrah manusia.. aku dan kita hamba, manusia pendosa.

Kenapa istilah "kahwin ramai kerana mengikut sunnah?"

Para wanita atau isteri pasti kurang senang dan meluat dengan istilah yang dikaitkan sebegitu. Kaum adam atau para suami terlalu berbangga memegang yang dikatakan mengikut sunnah. Banyak lagi sunnah baginda nabi untuk diamalkan. Makan dengan menggunakan tangan kanan (walaupun dengan memakai sudu), ketika minum hendaklah duduk, masuk rumah langkah kaki kanan, keluar tandas langkah kaki mana yang didahulukan.

Misalkata sunnah ringan sebegitu pun dibuat sambil lewa kadang ingat tapi sentiasa lupa.. bagaimana mungkin kamu wahai kaum Adam mampu menanai sunnah bab perkahwinan?

Bukan aku membandingkan cuma aku menyatakan. Ambil yang positive ya =)

Kahwin ramai aku rasa terlalu extreme untuk dijadikan alasan tidak bertanggungjawap sebagai menjalankan sunnah baginda. Tapi aku tidak menafikan, berkahwin, itu memang sunnah. Kenapa? Sebab melihat kepada baginda Nabi yang mengahwini saiditina khadijah dan tidak pernah memiliki isteri lain selain saiditina khadijah. Hingga saiditina khadijah wafat baginda hidup bersendirian tanpa isteri selama dua tahun dan kemudiannya barulah mempunyai isteri lebih dari seorang.

Namun yang sedemikian, didalam surah An nisaa :
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman" [surah an nisaa 4:3]
Wallahua'lam.

Jom lihat dari sudut ini.

Ambil hikmah dalam kehidupan bermadu. Tugas dan tanggungjawap kita sebagai seorang isteri aku rasa bukanlah sesuatu yang ringan dan mudah. Imbalan kita adalah syurga. Mutiah, penghuni syurga. Bacalah kisahnya sehingga melayakkan dirinya sebagai wanita pertama masuk syurga. 

Persoalan, mampukah kita menjadi seperti Mutiah? Masha Allah.. mohon Allah jadikan aku nanti memiliki sifat seorang isteri sepertinya.

Jika kehidupan berpoligami, tidak keterlaluan jika aku mengatakan, kita para isteri selain berkongsi kasih.. kita juga dapat memanfaatkan dengan berbahagi 'tugas dan tanggungjawab' menjaga suami. 

Wait. Jangan ambil ini sebagai melepaskan tugas, bukan. Sekurang kurangnya, kita mampu memberikan sesempurna mungkin kepada seorang suami.

Contoh, ketika suami bergiliran di rumah isteri yang lain. Sekurang-kurangnya, isteri yang belum sampai giliran, punya masa untuk mengurus diri sendiri for grooming dan sebagainya, membuat aktiviti yang di tangguh seketika kerana kewajipan terhadap suami. So that when the husband comes, he sees the new you setiap kali balik rumah. No?

Jika suatu tugasan berat kita mampu menyelesaikan dengan bekerjasama dan memberikan hasil yang terbaik, i do not know if it is right to say jika we can relate this to kehidupan berumah tangga? Kerana jika suami tidak redha, neraka untuk kita para isteri waliyadzubillah.

Aku tahu kamu pasti ingin bertanya. Bagaimana jika aku adalah seorang isteri yang di duakan oleh suami?

Jawapan pertama ku. Atau lebih tepat persoalan ku. Bagaimanakah kita yang cuma hamba ini mampu mengubah tentang apa yang Allah telah takdirkan?

Aku cuma berpegang kepada apa yang Allah telah janjikan. Surah An-Nur, ayat 26. insha Allah doa.

Seandainya Allah takdirkan punya suami untuk aku miliki seorang, aku mohon Allah berikan aku kekuatan untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan memberikan yang sesempurna buat nya dalam mencari redha suami.

Namun, jika Allah berikan aku seorang suami untuk di kongsi kasih nya.. cukuplah dengan aku meyakini bahawa Allah telah lengkapkan aku dengan kekuatan untuk aku menghadapi dan mengharungi kehidupan yang diterajui dua bahtera seorang nakhoda.

Wallahuta'ala a'lam.

Sejujurnya, soal jodoh aku lebih ikhlas untuk menyerahkan semuanya kepada Allah walaupun tidak menjadi suatu penafian ada ketika nya dikala hati dan minda bersatu mengiyakan, aku bersoal sendiri tentang siapa, bila, jodoh dipertemukan. aku muhasabah diri, mungkin saja jodoh aku dengan kematian lebih dekat daripada jodoh bersama manusia. insha Allah, Allah Maha Mengetahui. ini adalah janji Allah.
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." [surah yaasin 36:36]
Namun haruslah juga menimbang tara setiap aspek. usah biarkan diri kita kaum hawa tergelincir perasaan dengan janji manis, dengan keindahan topeng ketakwaan dipamerkan. keimanan bukanlah letaknya pada lisan, mungkin ada ketikanya dikaburi melalui perbuatan, akan tetapi letaknya molek dihati.

wahai kaum adam yang aku muliakan, hatta kamu seorang suami atau bakal suami atau belum menjadi suami, jadikanlah agama sebagai pakaianmu, alquran sebagai jiwa dan akhlakmu bukan keduanya dengan lisan mu. kerana khuatir kamu cenderung kepada kepuraan.

wallahua'lam.

p/s : adam hawa, jom cantikkan iman, hiasi peribadi, jiwai qalamullah. senang mahupun susah, tadbir sebaiknya menuju kearah mardhatillah. insha Allah. =) sorry for a very long and dry rambles.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang