Search This Blog

Tuesday, 30 June 2015

rindu

Bismillahirrahmanirrahim

13 ramadhan, masa berlalu.. ramadhan semakin jauh meninggalkan. apa hasil yang telah kita perolehi setakat ini?

insha Allah, jom usaha lebih.

on a different story, we the siblings really had a good laugh on silly stories and jokes. alhamdulillah.. dibesarkan dalam keluarga yang serba sederhana yang penuh dengan didikan konsep kehidupan, i couldn't ask for more. really nothing. i have so much love.

berbicara tentang cinta. maaf aku bukanlah yang selayaknya hehe. (hendak bicara apa tentang cinta, bercintanya pun belum apatah lagi punya pasangan. haha berangan) tidak mengapa. relax. aku lebih rasional dan tenang dalam soal jodoh. hatta, jodoh adik-adik yang sampai dulu =)

sebelum masuk waktu berbuka tadi, aku didengarkan khabar someone just menerima lamaran (mungkin) ..... 

"will you marry me?"

alhamdulillah. keterangan lanjut tentang siapa apa biarlah aku kongsikan nanti dan nanti. tolong doakan jika Allah telah mentakdirkan dan semoga didalam keredhaanNya jua. amin. (i would be the happiest jika benar bagai dikata)

cinta ini terlalu universal untuk ditafsirkan. mungkin saja cinta kepada alam, insan. tiada yang terkecuali ingin memilikinya. as for now, biarlah kuabadikan cinta sejernih embun pagi (konon puitis, embun pagi pun aku belum pernah menatap kejernihannya haha) kuabadikan buat Allah dan Rasul, abati ummi, adik adik dan keluarga.

dan insha Allah untuk suami, suatu masa nanti *tersipu malu*

teringat bual bicara bersama ummi pada minggu lalu .....

ummi :  "kalau daulu banar di larang kan ba kawan kawan, masih belajar. kan mengejar impian. ane sudah bebasaran usai tantu bakaraja ane inda lagi kan dilarang. maunjar unjar tah bisai bisai, jangan jua semberana"

ummi, she is just a housewife. tapi tegas dengan pegangan dan prinsip.

so i replied.

me : "hehe awu ma. payah karang ane 'kawan' pulang nada ne ma."

we both laughed.

ummi : "awu eh ane tah pulang alum tah kan ba dangan dangan"

aku cuma mampu tersenyum dan meyakinkan hati sendiri dan ummi.

me : "inda apa ma, insha Allah ada jodoh tu karang. Allah tantukan udah bila masa yang paling tebaik and siapa pun jodoh atu nanti. mungkin Allah kan bagi peluang aku bebakti arah biskita sama adi adi. siapa tau Allah bagi peluang supaya elakkan badusa, kalau derhaka arah husband. ke neraka karang. waliyadzubillah" (amboi, kalah rancangan ustazah pilihan haha)

ummi : "awu banar pulang inda kan disangkal kan. mau jua kan maliat kamu ba jodoh di dunia"

hehe ummi berkata demikian kerana pernah seketika dahulu aku menyatakan kepada ummi "inda mengapa ma, inda ba jodoh di dunia, insha Allah di akhirat nanti ada tu, janji Allah atu pasti ma"

i truly understand, she really want to see us happy and settle down menjalani kehidupan berumah tangga. insha Allah.. Allah definitely Maha Mendengar dan Maha Bijaksana =)

aku tanamkan keyakinan hanya kepada DIA yang Maha Memberi.

buat kamu Adam, yang akan menjadi pelengkap diriku, yang Allah telah ciptakan buatku, meskipun aku kamu belum dipertemukan, siapapun kamu... aku cuma mengharapkan dan berdoa that i will "be the perfect wife" untuk kamu. insha Allah.. atas biiznillah =) doa bersungguh sungguh siapa tahu Allah perkenan dan perjalanan kita ditemukan.


written by sharifah khadijah husein alkaff.

disebalik cerita asal .....

di saat ini, seperti sebelumnya. aku sentiasa merindukanmu... alangkah beruntungnya para sahabat yang berkesempatan bertemu denganmu, hidup denganmu. namun aku cuba mendamaikan hati dengan mengingati yang kau lebih merindukan para ikhwanmu - dan itu bermakna kami umat mu ya rasulullah.. inni uhibbuka ya rasulullah.. allahumma solli ala saiyidina muhammad.

p/s : berkira kira dengan jodoh di dunia, entah entah jodoh dengan kematian lebih dekat.. hehe wallahuta'ala a'lam. tiada siapa  yang dapat menjangkakan =) menandakan betapa hidup itu singkat. bila bila masa dijemput pulang. jom jom bersihkan hati, sayang semua orang, belajar menghargai sekeliling kita.

alhamdulillah 'ala kulli hal - segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan. gigihkan diri untuk sentiasa mensyukuri agar tidak sombong hidup di atas dunia pinjaman.

peringatan buat diriku. uusiikum waiyaya.

jazaakumullahu khairan! 

Wednesday, 24 June 2015

Nota Misteri, Ramadhan 1436

Bismillahirrahmanirrahim

Marhaban ya Ramadhan.

Hows your Ramadhan sahabat? semoga dengan kedatangan Ramadhan mampu menjernihkan hati kita yang sekian lama terlalai dan alpa. Semoga kita akan sentiasa ingat kepadaNya.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Maha benar kata-kata Allah.



Surah Ali-'Imran, Ayat 186.

"Kamu pasti akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu pasti akan mendengar daripada orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan daripada orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan"

in one of the recent talk i had attended, by Miss Alkaff (surprisingly to meet her after quite some time. she used to be my English Lecturer; if i'm not mistaken on the subject she taught back then in 2003(?)


Allahurobbi, apalah sangat ujian Allah bagi pada diri ini jika dibanding dengan perkongsian beliau dengan kedukaan ataupun ujian yang Allah berikan kepadanya.

sedikit sebanyak membuka minda dan menjadikan diri hamba yang bersyukur. Masha Allah tabarakallah, thank you Miss Alkaff. she has a very strong heart to handle the tests from Allah.

she too mentioned, berapa ramai dikalangan kita disaat ditimpa musibah atau ujian akan menyebut "Alhamdulillah" terlebih dahulu atau adakah kita akan marah dan mempersoalkan ketentuan Allah. tepuk dada tanya iman.

mentarbiyah hati bukan suatu tugas yang mudah tapi insha Allah, it is doable. minta pada Allah. Allah pasti bagi. tidak percaya? cuba. tambahan lagi di bulan Ramadhan. 

in these few days, i am not quite keen atas beberapa situasi. tapi alhamdulillah, Allah bantu. i tried to implement or cuba untuk mempraktikkan.. disaat ditimpa musibah untuk mengucapkan "alhamdulillah" dan terus bersangka baik dengan Allah. of which it reminds me of few stories shared my Miss Alkaff; a teacup and footprints. that made me weeps.

i would love to share one of the story "Footprints in the sand". Mohon ambil iktibar dan pengajaran:


image source : google
One night a man had a dream. 
Across the sky flashed scenes from his life. For each scene he noticed two sets of footprints in the sand: one belonging to him, and the other symbolise help from God.
What he noticed was that at the lowest and saddest time in his life there seem to be only his footprints. He was so sad, where is that other footprint that symbolise help from Allah. so he asks Allah in his dream.
"O God, you said that once I have faith, you will be with me all the way. But I don't understand why when I needed you most you would leave me. and I'm alone"
then came a reply: 
"O my servant, I love you and I would never leave you. During your times of trial and suffering, when you saw only one set of footprints, that was when I carried you."
i just cannot hold up my tears. Allahuakbar. benar innallaha ma'ana.

Allah is wise and just. No matter how painful it is, although we fail to fully understand apa sebenaranya yang Allah telah rancangkan, we must believe that everything HE does is good for us - Miss Alkaff.

jangan pernah meminta kepada manusia, cukup kepada DIA yang Maha Memiliki segalanya.

sebenarnya i have a lot to write about that talk, words just not enough i must say. Insha Allah dikesempatan lain akan aku cuba selitkan lagi.

Insha Allah.

anyway, ingin aku kongsikan sedikit. balik from Ramadhan routine. i got this di pintu my car.

nota kecil tanpa identiti. kelazimannya, kamu pasti tahu apa isi nya.

and that put a smile on my face. alhamdulillah. terima kasih kepada si pemberi nota. semoga Allah membimbing niat murni kamu. jika kamu seorang Adam, mohon kamu mengerti, aku menghargai 'nawaitu' kamu. Tapi ... =)

kalau di Ramadhan yang lalu 'kisah Zahraa', aku berharap Ramadhan kali ini tiada lagi. meskipun nawaitu nya benar, cuma mungkin saja cara sebegitu belum mampu aku terima. wallahua'lam.

berkait dengan 'situasi yang kurang selesa' dan 'nota kecil tanpa identiti', mungkin Allah ingin berikan yang terbaik. as Miss Alkaff said its a blessing in diguise. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Allah ambil setiap sesuatu ataupun keadaan dan menggantikannya dengan sesuatu atau keadaan yang lebih baik.

as i have mentioned earlier i was not keen on something. aku kurang gemar pada situasi yang negative. ianya melemaskan dan sedikit sebanyak menjejaskan pemikiran. aku kebiasaannya lebih suka kepada sesuatu hal yang jelas dan terang tanpa teka-teki, tanpa aku perlu bersoal tanya diminda dan dibicara.

tapi tidak mengapa pasti ada hujah ataupun keterangan atas setiap sesuatu perlakuan dan perbuatan, insha Allah ruang tersebut sentiasa aku berikan kerana menghukum bukanlah sifatku. dan mungkin Allah uji kesabaran didalam menangani keadaan tertentu. cuma aku sedikit terkilan dengan sikap sifat manusia. dan aku tidak pernah lupa aku juga manusia dan seorang hamba. alhamdulillah.

apapun jua keadaan dan kedukaan yang aku terima dari sesama insan, kemaafan sentiasa aku utamakan dan berikan =)

mohon jangan silap menilai biarlah perkongsian ini mampu membimbing pada mana mana hati yang didalam keadaan dukacita, disamping berdoa dan dzikrullah yang berterusan. pehin mufti pernah syarah yang Allah akan angkat setiap dukacita kita dengan memperbanyakkan selawat. sollu 'alan nabi. Allahumma solli ala saiyidina muhammad. semoga bermanfaat.



kata-kata abati sentiasa benar dalam segala sesuatu hal. lihat saja pada sifat, bagaimana seseorang memperlakukan dirimu, itulah dirinya sebenar. soal hati jawap sendiri. terima kasih abati, insha Allah aku cuba beringat.

dan Abati juga sering berpesan, "ada tu karang, kalau mengana hantuk kan hati tau kamu tu nanti. ia tah tu". hehe abati memang penghibur hati. bersifat sabar dan tidak pernah gopoh dalam segala hal. setiap sesuatu difikir sejauh dan dalamnya akan baik buruknya sebelum bertindak, tidak suka menyinggung perasaan orang lain meskipun tindakan orang itu adalah salah. belum ada aku temui lelaki punya sifat seperti abati. Mohon Allah sentiasa pelihara abati dan ummi.

Bukan mudah untuk kita manusia istiqomah dalam memenangi hati, menjaga hati, mentadbir hati. Jika hanya bersandarkan pada lisan semata-mata ianya tidak pernah akan kekal. Percayalah pada keunikan hati ia mampu memilih setiap yang benar mahupun yang ala kadar =). 

Tidak perlu angkuh pada bicara kerana yang mengenal itu ada pada hati walau yang tersembunyi.

dan setakat ini, masih belum aku temukan seperti yang abati katakan. insha Allah kata-kata abati pasti akan menjadi kenyataan suatu hari nanti, Amiin.

sesekali aku juga pernah menyatakan "kalau buleh mau jodoh macam mama babah". its just a simple wish tapi bagi yang mengetahui kisah agung abati dan ummi, pasti kalian ingin kan seperti mereka. Masha Allah.

hehe sebenarnya banyak penulisan aku didalam simpanan 'Draft' kerana belum punya masa yang sesuai dan penulisan separuh jalan. Insha Allah, akan di 'publish' jika sudah lengkap. i hope this one will do.

gotta go now, have a good night sleep everyone and usaha untuk berdoa dan ambil wudhu sebelum melelapkan mata. (nota buat aku juga semoga mampu istiqomah)

p/s : miliki cinta "DIA" sebelum miliki cinta "dia".

08 ramadhan 1436

Jazaakumullahu Khairan!

Nuffnang