Search This Blog

Friday, 31 July 2015

Recap : Rejab ke Syawal

Bismillahirrahmanirrahim

salam yaumul jum'ah saiyyidul ayyam buat antum.

Alhamdulillah wa syukurillah. Hows your days been? Insha Allah harap semuanya penuh keberkatan dan keredhaan ilahi.

Nothing much that i want to share merely a recap. Cuma, sekadar kita kongsi yang kebaikan semoga menjadi sebagai satu inspirasi atau booster kehidupan kita. Amin. Stay positive but cautious all the time! Hehe.

Rejab
i have decided sebagai satu permulaan untuk memulakan latihan puasa isnin khamis pada bulan rejab. Not exactly susah tapi not really senang. Its all in the mind, kemahuan dan disamping usaha meraih mardhatillah. Yang penting niat kita pasak kan hanya untuk dan kerana DIA, bukan kerana sesiapa.

Syaa'aban
it was in the month of April barangkali, aku memulakan iqra lembaran kitabullah dengan keazaman untuk mengkhatamkan bacaan dengan kaedah yang pernah aku kongsikan disini. Also, kebetulan ada menghadiri ceramah khas by Ustaz Don Daniyal at Jame' 'Asri Hassanal Bolkiah, in which he mentioned that "para sahabat, jika tibanya bulan syaa'aban, mereka akan mula menyelak-nyelak lembaran al-quran".

Masha Allah.. jom kita usaha untuk lebih mendekatkan diri dengan kitabullah. (Sangat sedih kadang diri tidak bersungguh-sungguh memperuntukkan masa) Pehin Mufti Kerajaan kata "jika ingin menjadi keluarga Allah, menjadi VVIP disisi Allah. Bacalah al-quran".

Bacalah bila bila masa, terpulang, sama ada..

• pada waktu pagi usai subuh, sebelum memulakan tugasan
• sebelah malam sebelum melelapkan mata (another option, gunakan kemudahan gadget. For me, its my favourite to sleep with alunan qalamullah by Mishary Alafasy dan menjadi routine. Who is your favourite reciter? =))
• sementara menanti keluarga bersiap untuk perjalanan berhari raya
• ketika menunggu enjin kereta panas pada waktu pagi sebelum turun bekerja (insha Allah boleh habiskan satu muka)
• ketika tersekat didalam kesesakan jalan raya especially di shopping complex (while waiting in line, masih sempat untuk membaca but berhati-hati selalu)
• in between solat fardhu

Sungguh! Itukan lebih baik daripada kita sibuk ingin menjadi kenalan vvip dunia.. sedangkan menjadi VVIP Allah lebih exclusive amin! =) hehe. Jom kita sama-sama usaha!

Ramadhan
honestly bulan yang sangat aku nantikan. Aku telah tanamkan pada hujung ramadhan di tahun lepas ingin menjadikan ramadhan tahun ini lebih dan extra. Kalau dulu, i missed the first day of tarawikh sebab jahil, i did not know it had already started haha. So this year, alhamdulillah aku berkesempatan dan alhamdulillah satu pengalaman yang baru.

hendak dijadikan cerita, aku datang few minutes before masuk waktu isya'. By right should be okay. Tapi it turned out not as expected. Had to park my car super jauh, dua kali turun naik masjid ingin mencari ruang kerana jemaah telah memenuhi dan akhirnya aku menghabiskan tarawikh hingga ke witir di luar ruang solat (tanpa sejadah hanya lantai batu marmar, dengan keadaan yang panas... i was sweating through out the prayer) bersama beberapa orang muslimah. Hehe but no worries, semua itu bukanlah satu penghalang.

anyway, agak berat pada permulaannya tapi as i said earlier its not impossible. Aku bertatih memaksa diri untuk sekurang-kurangnya menghabiskan satu juzuk setiap hari. Since i had started awal, i was quite relief sebab walaupun ketika Allah Bagi Cuti aku tidak jauh ketinggalan untuk mengejar hari dan juzuk al-quran. Hehe.

Aku cuba memenuhi aktiviti harian dengan sebaiknya, i tried to block unnecessary routine yang aku boleh lakukan di hari atau waktu lain agar tidak menghalang aktiviti ramadhan that i have planned out nicely.  Alhamdulillah thumma alhamdulillah, it went well.

Dan melaksanakan aktiviti yang tertangguh dikesempatan "cuti khas" I squeezed in untuk shopping for raya, sekali sekala makan di luar bersama keluarga and etc.

Oh one of the best thing was, we the siblings got to try pelbagai menu. Experiment! Hehe. But still tidak lari daripada konsep satu hidangan setiap jenis, for instance lauk + sayur + nasi + minuman. Ada ketikanya, dessert sekali sekala. On top of that, aku cuba membawa slowly pembaharuan dalam kebiasaan keluarga dengan sunnah nabi i.e. membaca doa yang diajarkan sebelum berbuka. Kan baginda Nabi pesan doa makbul pada waktu tersebut. Amin =)

Its not about other things cuma, sekadar kenyang ala kadar dan tidak membazir. Its Ramadhan after all, bulan untuk mentarbiyah hati dan diri. Namun tidak salah untuk mempelbagaikan menu tapi yang penting tidak ada berbaki atau makanan yang tidak habis. Masak banyak kita kongsi dengan jiran tetangga itu lebih mulia.

Syawal
Pabila syawal tiba, aku antara suka dan duka. Antara sedih dan gembira. Ramadhan berlalu mungkinkah akan nanti bertemu?

I have planned out for our first syawal, solat sunat aidil fitri (yay! Full strength lagi this year hehe) and makan bersama keluarga right after. I prepared for nasi ketupat, kuah kacang, sate kambing and the sisters buat a couple of cakes untuk dessert. Hehe. Also, super yummy coffee by ummi. Just a mini makan-makan for us, celebrating on few things dengan kesyukuran that Allah has made it easy for us and for all the blessings.

Our first syawal selalunya meriah dengan kesibukan raya and balik kampung. And the next day, second syawal kembali normal. We started our puasa sunat enam straight from second until seventh syawal. Alhamdulillah, abati mengajak dan we have been doing it since 2003 atau 2005 atau beberapa tahun sebelumnya (mungkin. sebab aku kurang pasti. As far as i can remember pada tahun 2006, kebiasaannya Nenda berkeras untuk join us puasa enam but he was not well dalam tahun itu, kemudian Nenda pergi meninggalkan kami di bulan Ramadhan.. al fatihah..)

Cabaran puasa enam secara berterusan memang banyak memandangkan ianya adalah hari raya with all the open houses, panggilan majlis perkahwinan dan sebagainya. Kita buat kerana Allah, pasti Allah jua yang mempermudahkannya =). bagi yang mampu buat berterusan, khalas. silakan. itu lebih afdal. namun bagi yang mampu membuat berselang selang, tafaddal, itu lebih baik daripada tiada menunaikannya langsung =)) adapun bagi yang tiada berhasrat untuk berpuasa enam, tidak perlulah kita menghukum sekian sekian.

Dikalangan keluarga yang sudah maklum, biasanya mereka akan menjemput kami sekeluarga untuk open house di hari pertama syawal atau selepas maghrib dan terus berbuka puasa pada second syawal onwards. because they knew we will not be able to make it. Alhamdulillah.. betapa besar keagungan Allah. They made it easy for us.

In terms of panggilan majlis perkahwinan, we never missed it too. We will still come over disamping meneruskan puasa. Alhamdulillah, so far tuan rumah memahami malah memberikan bungkusan makanan untuk bekal. Allahuakbar! Semoga keberkatan jua yang Allah limpahkan buat mereka.

Apapun situasi, usahlah dikaitkan kerana berpuasa i cannot do this and that. Itu adalah alasan semata-mata. Jika mampu, kita berpuasa, jika tidak, tidak perlu berkata itu dan ini, misalan "luan jua.. syawal kan sebulan. Ari lain pun dapat jua" =). Astaghfirullah..

And now we're still in the month of syawal. Semoga latihan rohani yang telah kita tanamkan di bulan sebelumnya, tidak terhakis dan mohon Allah bimbing kita untuk terus istiqomah. Amin.

For record purposes, alhamdulillah thumma alhamdulillah. Biiznillah, aku berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-quran pada 07 syawal 1436 di penutup puasa enam. Aku sedikit tersasar daripada target untuk mengkhatamkan Al-Quran di bulan ramadhan but insha Allah, di ramadhan akan datang aku usahakan lagi. I recall, ramadhan lepas aku hanya mencapai hingga belasan juzuk. 

Sungguh, masih banyak kekurangan diri yang aku perlu perbaiki. Semoga Allah terima doa agar aku dan antum mampu istiqomah dan dilimpahkan hidayah. Amin.

oh, i am super excited for something new. Insha Allah nanti aku ceritakan. Aku cadang untuk mula pada bulan Ogos ini. Hehehe. Doakan dipermudahkan ya.

P/s : cuma sepanjang rejab hingga ke syawal, aku masih terus mencuba namun belum mampu melakukan puasa putih sebab..... hehe. Biasalah kan kita kaum hawa =)

Bagaimana dengan pengalaman antum? =) kongsi sekali, i would love to know.

Wallahu ta'ala a'lam

Jazaakumullahu Khairan!

Saturday, 11 July 2015

Aurat dan Solat (wanita)

Bismillahirrahmanirrahim

usai imam membaca doa selepas tarawikh dan witir. kami bersalam-salam sesama jemaah.

aku didekati seorang jemaah wanita (mungkin dalam lingkungan umur antara 40 keatas) dari belakang saf dan menyalam terus memeluk aku dan memegang tangan aku sambil meminta maaf.

aku sedikit kehairanan dengan perlakuannya namun aku tenang.

"minta maaf a, aku ane ada mendangar dalam radio, nya ustazah bukan mazhab kitane solat macamane"

kerana ketika diluar rumah, aku bersolat tanpa telekung. kemudian wanita tadi meneruskan bicara dengan nada yang sangat lembut dan berhati-hati.

"jangan kita marah a, aku menagur. aku ane liat urang jua kalau kan ku tagur. sebab aku sendiri mendangar ustazah atu cakap. yatah lain rasanya kalau inda ku bepadah. kalau mazhab kitane, betelekung menutup tangan. sebabnya aurat. hadith cakap muka dan telapak tangan"

sambil tangan aku memegang tangannya dan meletakkan tangan aku diatas pahanya, ceria dan tenang aku menyahut bicara.

"eeh okay tu inda mengapa tu kita. alhamdulillah, terima kasih jua biskita menagur. sekurang-kurang nya mengetahui ilmu yang biskita sampaikan"

antara lebih kurang kira-kira nya perbualan kami. wallahua'lam.

sepanjang tempoh Mei 2013, tentang solat berkaitan pemakaian telekung, aku pernah didekati dua kali. pertama sewaktu fasa awal penghijrahan diri. ketika itu aku memakai baju kurung, shawl pashmina labuh dan sarung tangan dan kaki. cuma bezanya, wanita tersebut memberitahu aku, dagu wajib tutup kerana ianya adalah aurat.

gambaran perasaan aku ketika itu sedikit dalam keraguan dan rasa kurang selesa kerana aku tidak biasa diberikan teguran secara rambang dan dikhalayak ramai. tambahan lagi, ilmu aku sesungguhnya tidak setinggi mana tentangnya. aku masih dalam proses mempelajari dan menghalusi, dulu dan sehingga kini. wallahi, wanita tersebut tidak lah sampai menjatuhkan air muka. bicaranya lembut dan berhikmah.

alhamdulilah. aku bersyukur malah sangat menghargai kerana Allah mendatangkan mereka yang sudi mengongsikan ilmu dan bertukar pendapat. salah satu jalan dan ruang untuk melebarkan sayap ilmu. alhamdulillah 'ala kulli hal.

secara umumnya, di negara Asia pemakaian telekung ketika bersolat adalah kebiasaan dan kelaziman. kadang-kadang adakalanya disalah ertikan sehinggakan pemakaian telekung itu 'wajib' untuk syarat sahnya solat.

aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang tiadalah sebanyak mana. ilmu Allah Maha Luas.

i used to memakai telekung untuk bersolat. kemudian as time passed by, beberapa perkara dan mungkin banyak perkara berubah. sebelum aku berkeyakinan untuk bersolat tanpa telekung, aku ada bertanya dan merujuk tentang isu ini.

pertamanya, aku merujuk kepada Pak Long, Imam Masjid Bahagian, di Limbang, Sarawak tapi berasal dari Semenanjung Malaysia. Pak Long kata, mudah untuk tunaikan solat, cukup dengan aurat yang tertutup sempurna. contoh "kalau mimie misalkata pakai seluar panjang, tak kisah kalau seluar sukan atau mana-mana, baju T lengan panjang dan pakai stokin, tudung dan semua tak jarang, boleh ja mimie solat terus"

keduanya, menerusi sumber pembacaan buku dan rujukan melalui ustaz. aku tidak menggunakan sumber internet (google) kerana aku khuatir jika ilmu kita tidak mampu menapis kebenaran dan kesahihan nya, khuatir akidah goyah.

so far, sumber internet yang aku kerap merujuk adalah melalui ceramah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid bin Mustofa bin Hamidun bin Abdul Kahar on youtube dan beberapa kali soal jawab Ustaz Azhar Idrus.

aku kongsikan beberapa video yang mudah dan ringkas untuk kita kaum hawa untuk memahami nya dan kaum adam sebagai pengetahuan untuk memperingati isteri, adik perempuan. insha Allah semoga bermanfaat.

Ustaz Don pesan, penuhkan 4 syarat pakai tudung, tudung apa pun boleh pakai.

Empat syarat tudung - part 1

Empat syarat tudung - part 2

Empat syarat tudung - part 3

Empat syarat tudung - part 4

Empat syarat tudung - part 5

aurat bahagian dagu

Ustaz Azhar Idrus kata batas aurat wanita berbeza ketika di dalam dan di luar solat.
- di luar rumah : pakaian hendaklah labuh, tidak jarang dan tidak ketat.
- di dalam solat : pakaian hendaklah tidak jarang. makna kata, ketat tidaklah haram tetapi makruh.


namun adalah lebih elok, pakaian di luar rumah boleh dibawa bersolat. agar tidak mengundang perhatian dan fitnah manusia.

Menutup aurat adalah hak Allah.

"Rahsia Aurat Sempurna" by Fathullah Al-Haq Muhammad Asni

dinyatakan di Muka Surat 50 - Sifat menutup aurat di dalam solat

just a brief one isi kandungan nya:

* syarat sah solat ialah menutup aurat dengan sempurna.
* tidak salah membeli telekung yang berfesyen, tetapi pilihlah jenis kain yang tebal dan tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulit.
* telekung merupakan pakaian yang dipakai oleh wanita di Nusantara ketika menunaikan solat dan ia bukanlah budaya yang dipakai oleh orang Arab. kebanyakan masyarakat Arab memakai pakaian yang sudah menutup aurat ketika berada di luar rumah dan menunaikan solat dengan pakaian tersebut.
* tidak disyariatkan memakai telekung untuk sah di dalam solat, tetapi faktor penjagaan aurat itu yang patut diambil kira.

dan banyak hujah serta faktor dan kesan yang dihujahkan didalam buku tersebut yang menarik untuk kita halusi.

i bought this book di Popular Bookstore, Miri semasa cuti-cuti santai. and telah "disemak dan diluluskan dibawah akta terbitan-terbitan yang tidak diingini penggal 25" Brunei Darussalam.

just keep in mind, menuntut ilmu melalui buku adalah salah satu kaedah terbaik, cuma jika isi kandungannya berkisar tentang ilmu agama, harus disahkan terlebih dahulu. maklum saja, sekarang bermacam-macam kaedah pihak tidak bertanggungjawab untuk menyesatkan umat baginda Nabi dan memutar-belitkan islam. khuatir yang kita tuntut melalui buku semakin menyesatkan diri. waliyadzubillah. berawas dan berhati-hati pastikan sumber yang sahih sebelum menelannya bulat-bulat.

i have few books yang tidak lulus, bukan bermakna isi kandungannya menyalahi hukum atau islam, cuma ia bukan mazhab kita, melainkan kita telah khatam tentang empat mazhab dan ilmu yang masha Allah tabarakallah.. sebanding para asatizah, ulama dan tuan guru, khalas. silakan untuk mendalami apa pun kitab. hehe.

Wallahu ta'ala a'lam

p/s : biar celik ilmu jangan cetek ilmu. khuatir diperkotak katikkan diri. hiasi diri pelihara peribadi.

24 ramadhan 1436

Jazaakumullahu Khairan!

Tuesday, 7 July 2015

Tips sihat dan cantik/kacak

Bismillahirrahmanirrahim

20 Ramadhan 1436. i miss you already.

terlalu cepat ramadhan meninggalkan, harapnya masih istiqomah menambah 'bekalan'. kita terus usahakan ya? ;) pulun tarawikh dan al-quran semampunya.

thinking about ramadhan yang kian berlalu, terdetik di hati bagaimana nanti? apakah dibulan seterusnya 'latihan' rohani dan jasmani yang telah dilakukan sepanjang ramadhan terhenti begitu saja. wallahua'lam. i just hope ianya dapat diteruskan, insha Allah.

sekadar perkongsian, harap punya manfaat.

tips sihat :

1. berpuasa - jika mampu berpuasa, misalnya, sunat khamis sepanjang tahun dan terus istiqomah disamping mengharap redha Allah, i'm sure masalah obesiti dapat di atasi (hehe!) paling tidak maintain berat badan. psst! rahsia, doa mustajab bagi orang yang berpuasa, kita guna 'senjata' yang Allah bagi percuma. hanya yang amalkan akan rasa kehebatannya.

2. bersederhana - makan dan minum tidak perlu ikut nafsu. atur sebaiknya. ikut hati, ingin balun semua (jangan!). kita pegang pesan baginda nabi, satu per tiga sudah cukup. susah? pasti! tapi ubah mindset. pasti mudah.

tips cantik/kacak :

1. basic skin care - penting. semakin meningkat usia penghasilan collagen pastinya menurun. teruskan bertegas dengan diri sendiri, disiplin! hehe sebab aku sendiri kadang-kadang sambil lewa (jika badan sudah letih tahap dewa), tapi insha Allah mind over matters =)

2. berwudhu - istiqomah. sentiasa dalam keadaan suci. memang tidak aku nafikan halangan-halangan tertentu sentiasa ada, kita cuba dulu dan minta pada Allah untuk permudahkan. haqqul yaqin Allah bantu pasti. 

* kaum hawa : adakalanya sukar untuk mengekalkan wudhu disebabkan kesukaran untuk clean up make up dan reapply, shawl yang complicated (haha!). aku memahami. tapi aku pasti ada yang boleh memudah cara.

aku kongsi pengalaman sedikit.

jika dulu, aku 'berdebat alasan' dengan diri sendiri, contoh alasan,

"kalau inda pakai eyeliner, mata macam kan tidur, inda bisai tah apa"
"payah lagi kan behambak tudung, ma lilit shawl baindah"
"haliwat kan makai badak foundation segala"

....dan seribu satu macam alasan yang merugikan aku tanam di dalam minda.

tidak mengapa, setiap kita melalui fasa sedemikian. yang penting kita cuba cari di mana yang paling mudah dan memudahkan. bukankah islam itu mudah? malah terlalu indah.. Allah Allah.. ;)

and what i did:

- jika kita rasa 'tidak boleh hidup' tanpa eyeliner, gunakan eyeliner yang jenis serbuk, maksudnya air wudhu boleh masuk dan bukan jenis waterproof. even mascara, boleh gunakan yang boleh tanggal jika dicuci dengan air.

- cuba minimise pemakaian make up. tidak perlu 'foundation pengantin' (hehe kamu pasti memahami maksudnya). basic skincare (cleanser, toner, serum dan moisturiser) sudah memadai. sedikit foundation atau compact/loose powder and lip balm. just imagine dulu, my skincare routine punyalah banyak dan complicated - skincare, foundation, sunblock, compact powder, eyeliner and whatnot. bak kata gurauan auntie zura "selfie beratus kali, nampak sangat kurang keyakinan diri" haha!, be yourself okay kaum hawa ;) ingin cantik tidak perlu susahkan diri hehe.

PENTING : pastikan makeup dibersihkan sebersihnya sebelum ber wudhu. itu tanggungjawab kita. tahu kenapa aku highlight sebagai penting? pernah beberapa kali terserempak dengan kawan dan wanita yang memakai "waterproof" makeup tanpa membersihkan terlebih dahulu. cuma aku belum punya kekuatan untuk memberikan pendapat kepada mereka. astaghfirullah.

- sentiasa bawa "wudhu kit" walau ke mana pun kita pergi. memudahkan untuk "renew wudhu" dan singgah mana mana masjid/shopping complex atau tempat yang kita selesa. in my "wudhu kit" - refillable skincare, foundation, loose powder, lip balm dan just incase i put my eyebrow pencil, eyeliner dan mascara. jangan lupa extra socks ya.

this is my second "wudhu kit" sebelumnya berwarna hitam

* kaum adam : rasanya tiada masalah, kan? hehe!

3. al-quran. baca, baca, baca dan terus baca. perbaiki dan halusi pemahaman qalamullah. pehin mufti pesan, jika ingin menjadi "ahli keluarga Allah" atau "VVIP disisi Allah" bacalah al-quran. i personally believe, tidak mengapa jika kita bukan siapa-siapa di mata dunia dan tidak perlu mengharap kepada kemashyuran pangkat dunia atau kerabat siapa-siapa atau VIP =)

get yourself a handy al-quran. mudah untuk di bawa. i personally prefer yang ada tafsir. penting untuk kita memahami =)

4. solat jaga. jika mampu laksanakan di awal waktu. takut-takut Allah jemput kita sebelum sempat tunaikan hak Allah. rugi nanti. waliyadzubillah.

jika kita berada di pejabat sekalipun, masih ada cara untuk solat diawal waktu. jika sudah mampu istiqomah untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu, insha Allah ianya lebih mudah. masuk waktu, terus pergi surau dan tunaikan solat. if you have to fight against the time, tunaikan yang rukun. wirid boleh dilakukan didalam perjalanan dari surau ke meja kerja, not necessarily di atas sejadah. berhati-hati dengan "kelalaian" kerana kerja juga ibadah. insha Allah semoga rezeki kita terima adalah yang halal.

kalau boleh dan seboleh bolehnya elakkan menangguh atau mengumpul solat zohor menghampiri ke solat asar, kenapa perlu berkira dengan Allah?. kita cuba untuk ubah ya? =)

5. "bersihkan" dan "pelihara" qalbu; hati. Bi qalbin saliim.

source : tumblr

tips sihat dan cantik/kacak yang aku kongsikan tidaklah sehebat mana, semua mampu lakukan dan pernah dengar dan mungkin ada yang sudah amalkan. apa pun untuk terus istiqomah adalah pekara yang paling susah. hehe.

jom sama sama kita usaha dan amalkan, semoga kita berjaya. insha Allah.

solat, wudhu, alquran - ianya adalah cahaya "nurrun 'ala nuur" milik Allah. kita hanya akan dapat jika kita amalkan. sinarnya tiada gambaran lisan mampu membicarakan. mantapkan diri dengan rohani yang sentiasa terjaga.

jangan dijadikan satu amalan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah seperti :

- qadha : mohon, jangan salah gunakan 'kelonggaran' yang Allah sediakan. fahami dan halusi lagi ilmu kita. (juga aku berpesan kepada diri sendiri)

- nanti solat tunggu balik rumah : mungkin ya, tapi siapa tahu di sepanjang perjalanan kita terhalang dengan perkara-perkara kecemasan dan luput waktu. contoh ringkas, kerosakan kereta di tengah jalan. mampukah kita solat di tepi jalan? hehe silap-silap gambar anda menjadi viral di dalam media sosial. silap sebahagian masyarakat juga kerana kefahaman tentang solat kurang dihalusi. solat walau di mana pun asalkan menepati syarat. dan contoh ekstrim, malaikat maut datang menyapa. Allahuakbar! jangan kita sampai tersilap langkah ya.

- tidak membawa telekung atau pakaian solat : kenapa harus begitu hawa? untuk tunaikan solat cukup dengan pakaian yang sempurna tertutupnya aurat dan tidak jarang. sebaik-baik pakaian adalah yang dapat digunakan untuk solat (teringat pesan ini. maaf tiada sumber untuk aku quote).

jika itu adalah alasan kita, permudahkan dengan memakai pakaian dan tudung yang labuh dan tidak jarang. sentiasa berhati hati dan jaga kebersihan serta kesucian pakaian insha Allah boleh pakai terus solat tanpa telekung. sarung kaki dan tangan jua sama penting.

before this i wear handsocks, but now cuma jika perlu. oleh kerana aku memang mengalami allergy kepada sweat. so i have to adapt dengan alahan tersebut dengan kaedah tertentu.

tanpa handsocks, so i made my dress with button. sleeve kemeja. alhamdulillah, mudah bukan? ;)
i don't buy ready made dress/jubah sebab kebanyakan material yang kurang berkenan dihati. mostly aku perhatikan material kain lycra terkadang menampakkan bentuk badan. berhati hati ya hawa. aurat di luar solat hendaklah labuh, tidak jarang dan tidak ketat. #notauntukdirisendiri

insha Allah hawa, walaupun kita memang tidak sempurna cubalah untuk menyempurnakan diri =)

jika berhasil kongsikan pengalaman ya dan mohon kongsi tips kamu, i would love to know =)

before i end my rambles (hehe) might as well i share this song sebagai renungan. this song, aku baru 'diperkenalkan' tadi by my baby boy. trust me, aku memang sangat outdated! haha.

Kun Anta (be yourself) by Humood AlKhudher.



p/s : cantik/kacaklah untuk Allah dan diri sendiri, bukan untuk manusia. betulkan niat dan minda =) insha Allah. 'hidup mewah' dengan 'pemberian percuma' yang Allah 'hulurkan'. kita usaha pasti Allah mudahkan buat kita.

Jazaakumullahu Khairan!

Nuffnang