Search This Blog

Saturday, 11 July 2015

Aurat dan Solat (wanita)

Bismillahirrahmanirrahim

usai imam membaca doa selepas tarawikh dan witir. kami bersalam-salam sesama jemaah.

aku didekati seorang jemaah wanita (mungkin dalam lingkungan umur antara 40 keatas) dari belakang saf dan menyalam terus memeluk aku dan memegang tangan aku sambil meminta maaf.

aku sedikit kehairanan dengan perlakuannya namun aku tenang.

"minta maaf a, aku ane ada mendangar dalam radio, nya ustazah bukan mazhab kitane solat macamane"

kerana ketika diluar rumah, aku bersolat tanpa telekung. kemudian wanita tadi meneruskan bicara dengan nada yang sangat lembut dan berhati-hati.

"jangan kita marah a, aku menagur. aku ane liat urang jua kalau kan ku tagur. sebab aku sendiri mendangar ustazah atu cakap. yatah lain rasanya kalau inda ku bepadah. kalau mazhab kitane, betelekung menutup tangan. sebabnya aurat. hadith cakap muka dan telapak tangan"

sambil tangan aku memegang tangannya dan meletakkan tangan aku diatas pahanya, ceria dan tenang aku menyahut bicara.

"eeh okay tu inda mengapa tu kita. alhamdulillah, terima kasih jua biskita menagur. sekurang-kurang nya mengetahui ilmu yang biskita sampaikan"

antara lebih kurang kira-kira nya perbualan kami. wallahua'lam.

sepanjang tempoh Mei 2013, tentang solat berkaitan pemakaian telekung, aku pernah didekati dua kali. pertama sewaktu fasa awal penghijrahan diri. ketika itu aku memakai baju kurung, shawl pashmina labuh dan sarung tangan dan kaki. cuma bezanya, wanita tersebut memberitahu aku, dagu wajib tutup kerana ianya adalah aurat.

gambaran perasaan aku ketika itu sedikit dalam keraguan dan rasa kurang selesa kerana aku tidak biasa diberikan teguran secara rambang dan dikhalayak ramai. tambahan lagi, ilmu aku sesungguhnya tidak setinggi mana tentangnya. aku masih dalam proses mempelajari dan menghalusi, dulu dan sehingga kini. wallahi, wanita tersebut tidak lah sampai menjatuhkan air muka. bicaranya lembut dan berhikmah.

alhamdulilah. aku bersyukur malah sangat menghargai kerana Allah mendatangkan mereka yang sudi mengongsikan ilmu dan bertukar pendapat. salah satu jalan dan ruang untuk melebarkan sayap ilmu. alhamdulillah 'ala kulli hal.

secara umumnya, di negara Asia pemakaian telekung ketika bersolat adalah kebiasaan dan kelaziman. kadang-kadang adakalanya disalah ertikan sehinggakan pemakaian telekung itu 'wajib' untuk syarat sahnya solat.

aku ingin berkongsi sedikit ilmu yang tiadalah sebanyak mana. ilmu Allah Maha Luas.

i used to memakai telekung untuk bersolat. kemudian as time passed by, beberapa perkara dan mungkin banyak perkara berubah. sebelum aku berkeyakinan untuk bersolat tanpa telekung, aku ada bertanya dan merujuk tentang isu ini.

pertamanya, aku merujuk kepada Pak Long, Imam Masjid Bahagian, di Limbang, Sarawak tapi berasal dari Semenanjung Malaysia. Pak Long kata, mudah untuk tunaikan solat, cukup dengan aurat yang tertutup sempurna. contoh "kalau mimie misalkata pakai seluar panjang, tak kisah kalau seluar sukan atau mana-mana, baju T lengan panjang dan pakai stokin, tudung dan semua tak jarang, boleh ja mimie solat terus"

keduanya, menerusi sumber pembacaan buku dan rujukan melalui ustaz. aku tidak menggunakan sumber internet (google) kerana aku khuatir jika ilmu kita tidak mampu menapis kebenaran dan kesahihan nya, khuatir akidah goyah.

so far, sumber internet yang aku kerap merujuk adalah melalui ceramah Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid bin Mustofa bin Hamidun bin Abdul Kahar on youtube dan beberapa kali soal jawab Ustaz Azhar Idrus.

aku kongsikan beberapa video yang mudah dan ringkas untuk kita kaum hawa untuk memahami nya dan kaum adam sebagai pengetahuan untuk memperingati isteri, adik perempuan. insha Allah semoga bermanfaat.

Ustaz Don pesan, penuhkan 4 syarat pakai tudung, tudung apa pun boleh pakai.

Empat syarat tudung - part 1

Empat syarat tudung - part 2

Empat syarat tudung - part 3

Empat syarat tudung - part 4

Empat syarat tudung - part 5

aurat bahagian dagu

Ustaz Azhar Idrus kata batas aurat wanita berbeza ketika di dalam dan di luar solat.
- di luar rumah : pakaian hendaklah labuh, tidak jarang dan tidak ketat.
- di dalam solat : pakaian hendaklah tidak jarang. makna kata, ketat tidaklah haram tetapi makruh.


namun adalah lebih elok, pakaian di luar rumah boleh dibawa bersolat. agar tidak mengundang perhatian dan fitnah manusia.

Menutup aurat adalah hak Allah.

"Rahsia Aurat Sempurna" by Fathullah Al-Haq Muhammad Asni

dinyatakan di Muka Surat 50 - Sifat menutup aurat di dalam solat

just a brief one isi kandungan nya:

* syarat sah solat ialah menutup aurat dengan sempurna.
* tidak salah membeli telekung yang berfesyen, tetapi pilihlah jenis kain yang tebal dan tidak jarang dan tidak menampakkan warna kulit.
* telekung merupakan pakaian yang dipakai oleh wanita di Nusantara ketika menunaikan solat dan ia bukanlah budaya yang dipakai oleh orang Arab. kebanyakan masyarakat Arab memakai pakaian yang sudah menutup aurat ketika berada di luar rumah dan menunaikan solat dengan pakaian tersebut.
* tidak disyariatkan memakai telekung untuk sah di dalam solat, tetapi faktor penjagaan aurat itu yang patut diambil kira.

dan banyak hujah serta faktor dan kesan yang dihujahkan didalam buku tersebut yang menarik untuk kita halusi.

i bought this book di Popular Bookstore, Miri semasa cuti-cuti santai. and telah "disemak dan diluluskan dibawah akta terbitan-terbitan yang tidak diingini penggal 25" Brunei Darussalam.

just keep in mind, menuntut ilmu melalui buku adalah salah satu kaedah terbaik, cuma jika isi kandungannya berkisar tentang ilmu agama, harus disahkan terlebih dahulu. maklum saja, sekarang bermacam-macam kaedah pihak tidak bertanggungjawab untuk menyesatkan umat baginda Nabi dan memutar-belitkan islam. khuatir yang kita tuntut melalui buku semakin menyesatkan diri. waliyadzubillah. berawas dan berhati-hati pastikan sumber yang sahih sebelum menelannya bulat-bulat.

i have few books yang tidak lulus, bukan bermakna isi kandungannya menyalahi hukum atau islam, cuma ia bukan mazhab kita, melainkan kita telah khatam tentang empat mazhab dan ilmu yang masha Allah tabarakallah.. sebanding para asatizah, ulama dan tuan guru, khalas. silakan untuk mendalami apa pun kitab. hehe.

Wallahu ta'ala a'lam

p/s : biar celik ilmu jangan cetek ilmu. khuatir diperkotak katikkan diri. hiasi diri pelihara peribadi.

24 ramadhan 1436

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang