Search This Blog

Tuesday, 7 July 2015

Tips sihat dan cantik/kacak

Bismillahirrahmanirrahim

20 Ramadhan 1436. i miss you already.

terlalu cepat ramadhan meninggalkan, harapnya masih istiqomah menambah 'bekalan'. kita terus usahakan ya? ;) pulun tarawikh dan al-quran semampunya.

thinking about ramadhan yang kian berlalu, terdetik di hati bagaimana nanti? apakah dibulan seterusnya 'latihan' rohani dan jasmani yang telah dilakukan sepanjang ramadhan terhenti begitu saja. wallahua'lam. i just hope ianya dapat diteruskan, insha Allah.

sekadar perkongsian, harap punya manfaat.

tips sihat :

1. berpuasa - jika mampu berpuasa, misalnya, sunat khamis sepanjang tahun dan terus istiqomah disamping mengharap redha Allah, i'm sure masalah obesiti dapat di atasi (hehe!) paling tidak maintain berat badan. psst! rahsia, doa mustajab bagi orang yang berpuasa, kita guna 'senjata' yang Allah bagi percuma. hanya yang amalkan akan rasa kehebatannya.

2. bersederhana - makan dan minum tidak perlu ikut nafsu. atur sebaiknya. ikut hati, ingin balun semua (jangan!). kita pegang pesan baginda nabi, satu per tiga sudah cukup. susah? pasti! tapi ubah mindset. pasti mudah.

tips cantik/kacak :

1. basic skin care - penting. semakin meningkat usia penghasilan collagen pastinya menurun. teruskan bertegas dengan diri sendiri, disiplin! hehe sebab aku sendiri kadang-kadang sambil lewa (jika badan sudah letih tahap dewa), tapi insha Allah mind over matters =)

2. berwudhu - istiqomah. sentiasa dalam keadaan suci. memang tidak aku nafikan halangan-halangan tertentu sentiasa ada, kita cuba dulu dan minta pada Allah untuk permudahkan. haqqul yaqin Allah bantu pasti. 

* kaum hawa : adakalanya sukar untuk mengekalkan wudhu disebabkan kesukaran untuk clean up make up dan reapply, shawl yang complicated (haha!). aku memahami. tapi aku pasti ada yang boleh memudah cara.

aku kongsi pengalaman sedikit.

jika dulu, aku 'berdebat alasan' dengan diri sendiri, contoh alasan,

"kalau inda pakai eyeliner, mata macam kan tidur, inda bisai tah apa"
"payah lagi kan behambak tudung, ma lilit shawl baindah"
"haliwat kan makai badak foundation segala"

....dan seribu satu macam alasan yang merugikan aku tanam di dalam minda.

tidak mengapa, setiap kita melalui fasa sedemikian. yang penting kita cuba cari di mana yang paling mudah dan memudahkan. bukankah islam itu mudah? malah terlalu indah.. Allah Allah.. ;)

and what i did:

- jika kita rasa 'tidak boleh hidup' tanpa eyeliner, gunakan eyeliner yang jenis serbuk, maksudnya air wudhu boleh masuk dan bukan jenis waterproof. even mascara, boleh gunakan yang boleh tanggal jika dicuci dengan air.

- cuba minimise pemakaian make up. tidak perlu 'foundation pengantin' (hehe kamu pasti memahami maksudnya). basic skincare (cleanser, toner, serum dan moisturiser) sudah memadai. sedikit foundation atau compact/loose powder and lip balm. just imagine dulu, my skincare routine punyalah banyak dan complicated - skincare, foundation, sunblock, compact powder, eyeliner and whatnot. bak kata gurauan auntie zura "selfie beratus kali, nampak sangat kurang keyakinan diri" haha!, be yourself okay kaum hawa ;) ingin cantik tidak perlu susahkan diri hehe.

PENTING : pastikan makeup dibersihkan sebersihnya sebelum ber wudhu. itu tanggungjawab kita. tahu kenapa aku highlight sebagai penting? pernah beberapa kali terserempak dengan kawan dan wanita yang memakai "waterproof" makeup tanpa membersihkan terlebih dahulu. cuma aku belum punya kekuatan untuk memberikan pendapat kepada mereka. astaghfirullah.

- sentiasa bawa "wudhu kit" walau ke mana pun kita pergi. memudahkan untuk "renew wudhu" dan singgah mana mana masjid/shopping complex atau tempat yang kita selesa. in my "wudhu kit" - refillable skincare, foundation, loose powder, lip balm dan just incase i put my eyebrow pencil, eyeliner dan mascara. jangan lupa extra socks ya.

this is my second "wudhu kit" sebelumnya berwarna hitam

* kaum adam : rasanya tiada masalah, kan? hehe!

3. al-quran. baca, baca, baca dan terus baca. perbaiki dan halusi pemahaman qalamullah. pehin mufti pesan, jika ingin menjadi "ahli keluarga Allah" atau "VVIP disisi Allah" bacalah al-quran. i personally believe, tidak mengapa jika kita bukan siapa-siapa di mata dunia dan tidak perlu mengharap kepada kemashyuran pangkat dunia atau kerabat siapa-siapa atau VIP =)

get yourself a handy al-quran. mudah untuk di bawa. i personally prefer yang ada tafsir. penting untuk kita memahami =)

4. solat jaga. jika mampu laksanakan di awal waktu. takut-takut Allah jemput kita sebelum sempat tunaikan hak Allah. rugi nanti. waliyadzubillah.

jika kita berada di pejabat sekalipun, masih ada cara untuk solat diawal waktu. jika sudah mampu istiqomah untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu, insha Allah ianya lebih mudah. masuk waktu, terus pergi surau dan tunaikan solat. if you have to fight against the time, tunaikan yang rukun. wirid boleh dilakukan didalam perjalanan dari surau ke meja kerja, not necessarily di atas sejadah. berhati-hati dengan "kelalaian" kerana kerja juga ibadah. insha Allah semoga rezeki kita terima adalah yang halal.

kalau boleh dan seboleh bolehnya elakkan menangguh atau mengumpul solat zohor menghampiri ke solat asar, kenapa perlu berkira dengan Allah?. kita cuba untuk ubah ya? =)

5. "bersihkan" dan "pelihara" qalbu; hati. Bi qalbin saliim.

source : tumblr

tips sihat dan cantik/kacak yang aku kongsikan tidaklah sehebat mana, semua mampu lakukan dan pernah dengar dan mungkin ada yang sudah amalkan. apa pun untuk terus istiqomah adalah pekara yang paling susah. hehe.

jom sama sama kita usaha dan amalkan, semoga kita berjaya. insha Allah.

solat, wudhu, alquran - ianya adalah cahaya "nurrun 'ala nuur" milik Allah. kita hanya akan dapat jika kita amalkan. sinarnya tiada gambaran lisan mampu membicarakan. mantapkan diri dengan rohani yang sentiasa terjaga.

jangan dijadikan satu amalan dengan memberikan alasan yang tidak munasabah seperti :

- qadha : mohon, jangan salah gunakan 'kelonggaran' yang Allah sediakan. fahami dan halusi lagi ilmu kita. (juga aku berpesan kepada diri sendiri)

- nanti solat tunggu balik rumah : mungkin ya, tapi siapa tahu di sepanjang perjalanan kita terhalang dengan perkara-perkara kecemasan dan luput waktu. contoh ringkas, kerosakan kereta di tengah jalan. mampukah kita solat di tepi jalan? hehe silap-silap gambar anda menjadi viral di dalam media sosial. silap sebahagian masyarakat juga kerana kefahaman tentang solat kurang dihalusi. solat walau di mana pun asalkan menepati syarat. dan contoh ekstrim, malaikat maut datang menyapa. Allahuakbar! jangan kita sampai tersilap langkah ya.

- tidak membawa telekung atau pakaian solat : kenapa harus begitu hawa? untuk tunaikan solat cukup dengan pakaian yang sempurna tertutupnya aurat dan tidak jarang. sebaik-baik pakaian adalah yang dapat digunakan untuk solat (teringat pesan ini. maaf tiada sumber untuk aku quote).

jika itu adalah alasan kita, permudahkan dengan memakai pakaian dan tudung yang labuh dan tidak jarang. sentiasa berhati hati dan jaga kebersihan serta kesucian pakaian insha Allah boleh pakai terus solat tanpa telekung. sarung kaki dan tangan jua sama penting.

before this i wear handsocks, but now cuma jika perlu. oleh kerana aku memang mengalami allergy kepada sweat. so i have to adapt dengan alahan tersebut dengan kaedah tertentu.

tanpa handsocks, so i made my dress with button. sleeve kemeja. alhamdulillah, mudah bukan? ;)
i don't buy ready made dress/jubah sebab kebanyakan material yang kurang berkenan dihati. mostly aku perhatikan material kain lycra terkadang menampakkan bentuk badan. berhati hati ya hawa. aurat di luar solat hendaklah labuh, tidak jarang dan tidak ketat. #notauntukdirisendiri

insha Allah hawa, walaupun kita memang tidak sempurna cubalah untuk menyempurnakan diri =)

jika berhasil kongsikan pengalaman ya dan mohon kongsi tips kamu, i would love to know =)

before i end my rambles (hehe) might as well i share this song sebagai renungan. this song, aku baru 'diperkenalkan' tadi by my baby boy. trust me, aku memang sangat outdated! haha.

Kun Anta (be yourself) by Humood AlKhudher.



p/s : cantik/kacaklah untuk Allah dan diri sendiri, bukan untuk manusia. betulkan niat dan minda =) insha Allah. 'hidup mewah' dengan 'pemberian percuma' yang Allah 'hulurkan'. kita usaha pasti Allah mudahkan buat kita.

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang