Search This Blog

Saturday, 15 August 2015

Karya #00001

Suami duduk di sofa sambil menyelak lembaran al-quran. Sudah menjadi kebiasaannya untuk menghayati terjemahan tafsir al-quran setelah selesai mengalunkan qalamullah.

Lalu aku menghampiri suami dan meminta izin kalau-kalau masih ingin mengekalkan wudhu.

"Sayang.." panggilku perlahan.

Dia mengalihkan pandangan kepada aku. "Em.. ada apa yang?"

Kelembutan dalam ketegasan suaranya ketika berbicara tidak pernah tidak, untuk kesekian kalinya, aku tetap terpesona.

Aku mengambil tempat duduk bersimpuh di atas lantai berhadapan suami. Kami saling bertentangan pandangan mata, aku tertunduk malu pabila dia mengenyitkan mata mengusik.

"Sayang, tomorrow morning busy tak?" Tanyaku.

"A'ah yang. Sayang dah ada plan. Sayang might be busy one whole day." Sambil tersenyum.

"Oh kalau macam tu tak apa Sayang.." aku senyum kembali memandangnya.

"Alah.. Sayang busy one whole day pun sebab nak spend time with Ayang je" sambungnya.

"Sayang!~ ish.. suka sakat Ayang tau" aku merajuk manja.

Tangan suami dengan pantas mencubit pipiku. Aku kembali tersenyum.

"Em.. we go somewhere esok nak tak?" Dengan pantas aku mencadangkan.

"Ayang plan nak pergi mana?"

"Early in the morning usai solat subuh, kita pergi ke pantai ya Sayang?" Ujarku.

"Sure, anything for you yang.."

Aku masih lagi duduk bersimpuh rapi sambil merangkul erat kaki suami sambil aku menyandarkan kepala dan membiarkan suasana sepi membicarakan indah hati kami.

Sungguh. Aku bahagia dia milikku. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Bersyukur yang teramat sangat kerana dipertemukan dengan pelengkap diri. Sempurna. Sesempurna aturan ilahi.

Karna kusayang kamu
29 syawal 1436

No comments:

Post a Comment

Nuffnang