Search This Blog

Sunday, 27 September 2015

September ends

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum everyone.

September will end soon. pretty much times flies pretty fast eh?

Allahu.

despite, sebenarnya masa atu ada. cuma kadang kitane ane terlalu mengejar dunia hingga lupa yang MASA Allah yang punya.

solat di hujung waktu, macam mana Allah kan bagi kitane nikmat masa?

Antara lain misalan mengutamakan buat keraja opis atau peribadi tapi al-quran bekala-kala saja di baca. sedangkan keberkatan waktu ada didalamnya. Biar seimbang.

astaghfirullah.

just so you noticed, i started to blog in Brunei language just like i used to. well not exactly all cuma it depends on the post. my postings pun mostly rojak, bahasa betukar-tukar hehe. Atu adalah syndrome bloggers mungkin. haha!

for the past few days i had a muhasabah kind of talk with abati and ummi. (walaupun sebenarnya everyday pun we talk and discuss hehe)

i asked abati for his opinion on pengurusan kewangan, then we talked pasal kehidupan and some other random stuff.

maybe i should start one by one, karang paning.

konsep kehidupan, this one i salute abati and ummi.

since i'm their first child and the eldest of my other 4 siblings. i got to witness kehidupan basically mula dari seingat-ingat memori until now. we're not coming from family yang harta setinggi gunung sedalam lautan (ibaratnya nya lah a).

kalau kan di susun cerita from my late grandparents pun (both abati and ummi's side) bukannya urang sanang. this is not to complain, not at all. in fact aku bersyukur. sebab ia mengajar diri untuk mengenal nilai kehidupan.

from abati's side, my late grandfather and grandmother inda bekeraja - cuma as far as i remember almarhumah nenda bekeraja di pertanian sebagai buruh kasar. when i was basar sikit, my memory both of them sebagai penerima pencen tua saja.

from ummi's side, kehidupan kampung. both almarhum and almarhumah nenda pendapatan hasil kabun sendiri like durian, rambutan and other local fruits. beniaga di tamu, bejarih bepadi. i tell you life was not easy back then untuk membasarkan anak yang 8 urang.

Allahuakbar. its really a reflection to myself. how we often take things for granted. (and i can't help not to weep now.. Allah..)

when it comes to my parents, i really salute them. i can summarise that abati ummi inda pernah "mengajar" kami tentang apa artinya duit tapi menanamkan konsep kehidupan.

this one is abati's quote "biar cangkik jangan putus". meaning to say, kalau pun hidup dalam kesempitan kewangan dan kesusahan dalam membasarkan kami adi beradi and menjaga indung bapa (waktu atu my grandparents masih ada ; abati's father and mother and ummi's mother. sebab ummi's father passed away di Mekah semasa menunaikan Haji. al-Fatihah), usaha dan masih bersatu atau bertahan.

just imagine for the past 30 years, i can tell kehidupan was quite tough, kami masih bedamitan but then kesempuraan hidup masih abati ummi kekal kan. background keluarga bukannya tahap imam dan ustaz, tapi perihal akhlak, abati ummi really strict. they shaped and moulded us mengikut acuan yang ditetapkan by them.

sebab masa kami bebasaran ane, abati ummi selalu kongsi.

"babah mama tau, setiap yang kami larang itu inda buleh ane inda buleh, bukan untuk mengongkong kamu. tapi untuk kamu suatu masa nanti paham.. atu untuk garispanduan kamu sepanjang kehidupan sampai berumah tangga karang. biar dibantuk awal masa kamu damit. babah mama paham, kamu mengkali dalam hati bekata-kata "urang lain buleh kenapa kami inda buleh".

its true though. masa di zaman remaja atau alam persekolahan, kami bukannya bebas untuk kayung sana kayung sini, jalan sama kawan sana sini barang mall ikut suka, hatta di zaman pekerajahan pun, harus dipilih tampat-tampat nya kan ke mana. kalau bukan zone, abati ummi will send us.

Stress? Inda lah jua sampai cematu.

kalau dulu, ada pernah rasa inda adil, inda puas ati. itu ini inda buleh but i just pendam kan. but as i grew up, i fix it sendiri. mula memahami dan mengambil hikmah setiap yang dilarang atu sebenarnya kasih indung. terima kasih abati ummi.

Sekiranya anak yang dibesarkan dengan kemewahan, setiap dipinta ada, setiap kemahuan dipenuhi, tinggal rumah kawan okay, jalan balik betangah malam dulur, usin unjuk, barangkali kecuaian indung bapa sendiri inda mengajar bukan mudah untuk mendapatkan semua ane. ane anak tau "main ada saja". 

bukan untuk kata, abati ummi membentuk kami dengan sempurna. inda, tapi untuk sebagai panduan kami, yang what they have taught us atu ada banarnya. alhamdulillah, Allah berikan kekuatan.

Dan abati pernah cakap "babah mama membasarkan kamu menyesuaikan membubut kedewasaan kamu"

contoh paling popular zaman karang ane. anak sekulah randah karang ane tedapat sudah gadget canggih manggih. inda bemubail inda sah. anak pass exam di dulur atau di umpani with hadiah telipun segala ipad. ya Allah.. waliyadzubillah. inda salah banarnya. cuma, balum waktunya.

this is what i think and absorb.

if we balikan anak kitane mubail canggih, ipad tab dan sebagai nya. negative side nya :

- kredit perlu top up. kalau indung ba usin and te adaie, inda masalah. tapi masalah sebab anak masih damit balum tahu menilai kewangan. one day kehidupannya yang akan datang mungkin possibility akan menimbulkan permasalahan. wallahua'lam.

- once ada those gadgets, pastinya membuka ruang yang lebih luas untuk anak-anak mengenal dunia luar yang entah waliyadzubillah macam macam karang ane, yang kitane inda sadar, ia mencambah benih pemikiran anak-anak yang kurang sehat dalam keadaan minda anak atu sendiri balum mampu tapis baik buruk. Not fair salahkan anak inda merati atau bebuat kelakuan yang indung inda ajar. cuba lihat sumber?

pantau? mungkin buleh. tapi adakah kitane indung bapa tepantau apa yang anak-anak buat lihat dan pelajari sewaktu diluar pemantauan mata kitane? inda jua munasabah kitane ikut belakang anak-anak 24 jam. atau pasang cctv? bukan solusi tepat. takut kalau sebati kan dilarang, sendiri makan sendiri. sebab indung yang balikan. tarik balik? khuatir sudah terlambat.

- masa anak-anak terhad dengan sentuhan atau bual bicara indung, sebab terikat dengan gadget. main game tia contohnya. cuba perhati sekeliling. area mija makan contohnya. di restaurant. kitane biasa nampak dari anak ke indung tunduk mengadap gadget masing-masing. kalau inda pun kalau indung bapanya inda berapa millenium, langui langui ganya indung tapi anak, asyik tekidum kidum meliat handphone, hmm..

- this one prof muhaya cakap. anak-anak malahan kitane yang dewasa ane, berapa kerap kitane menghadap gadjet sampai mata pun rusak. if you know prof muhaya is pakar lasik mata. kalau anak-anak kita biasakan with gadgets, merosakkan mata. di mana kebaikannya?

wallahua'lam. Atu cuma yang nampak di mata, nda perlulah kitane bahas kan. Siapa kita untuk menghukum perilaku manusia. Doakan yang terbaik.

all i can understand, kehidupan bermewah-mewah dalam mendidik anak kadang merusakkan nilai anak kitane sendiri. kadang rasa sedih jua. sepatutnya kitane indung bapa semakin berusia sepatutnya menikmati ibadah bukan beban memikirkan permasalahan anak-anak yang sudah membesar dan berumah tangga.

abati ummi bepasan "anak kamu aielain, jangan luan di dulur itu ini. ajarkan konsep kehidupan. supaya anak kamu tau nilai usin pebaiktah sepuluh sen atu macam mana. jangan karang ujung ujung, usin 50 ditangan pun macam angin. bukan inda sayang anak, tapi ada caranya. jangan sampai anak sendiri menempalaki diri. inda jua kitane mau. liat saja kalau dari damit pandai sudah kan memerintah indung, alum lagi udah nya basar. silap-silap indung kana antat umah asuhan. pasal udah tua inda kegunahan lagi. lagi damit atu tah masa kamu membantuk anak kamu. ingati saja, anak yang masih damit alum tau apa-apa, sebab atu kamu sebagai indung yang mesti menunjukkan yang baik. udah sampainya dewasa udah pandai bepikir baik buruk sendiri, tinggal kamu menghalusi saja lagi"

berserah takdir satu hal, tapi tanggungjawab kitane yang membantuk.

takut. mampukah aku suatu masa nanti mengajar anak-anak dengan sebaik-baik akhlak?

i honestly believe, akhlak adalah nadi utama untuk mentadbir kehidupan. kadang salah salah jua, sayang anak sampai membinasakan kehidupan anak akan datang. terlampau strict sampai besipak terajang inda jua dapat. tambah anak memberontak.

tertakluk masing-masing punya cara dalam mendidik anak-anak. walaupun i myself balum memiliki keluarga sendiri. but i hope, biiznillah.

abati anak paling kebungsuan dari 5 adi beradi. abati banyak belajar dan mentadbir kehidupan dengan melihat dari keluarga yang susah dan abang kaka yang cematu cemane karenah. abati inda pernah cakap yang inda baik-baik about adi beradinya. ada ketikanya cuma untuk memberikan kami gambaran pengajaran supaya kami memahami ba contohkan pengalaman yang sudah. yang inda baik jangan di ikut.

azam abati untuk mengubah generasi. ya Allah. bukan sanang.. bukan keraja mudah. disebabkan sudah puas hidup susah, dilanda permasalahan kewangan dari nene membawa ke indung bapa. tapi walaupun cematu, masih jua ba usaha. macam-macam dibuat untuk menyara kehidupan. kalau menunggu gaji pebaiktah 2-3 ribu sebulan. tuntutan permasalahan kewangan tinggi.. last-last 100-200 ganya kan dijawat. di mana nikmat bekeraja cematu? ujung bulan meliat slip gaji ganya, nya abati. atu kehidupan masa ane. membari ijap kalau kan dipikirkan.

but inda pernah in my life, melihat abati ummi tepinta sana sini untuk menyelasaikan masalah. semua di tadbir sendiri. hebat sehebat masalah. aku takut aku inda mampu cematu.

alhamdulillah, berkat kesabaran dan usaha. everything come into place. siapa menjangkakan rezeki Allah atu Maha Luas.

one thing i always pigang. i really hold on to this.

disebalik semua kesusahan kehidupan yang aku sendiri mengalami, melalui dan menghadapi bersama abati ummi. satu yang utama. jaga indung. jangan durhaka. jangan tinggi suara. jangan dibiar-biarkan indung. atu berkat nya.

bukan untuk kata abati ummi yang terbaik. tapi dari awal perkahwinan abati ummi dijodohkan uleh my late grandfather. walaupun nya abati dulu "balum kan kawin, baru jua kan bekeraja. meliat bini-bini pun ijap" hahaha! cerita jodoh abati ummi was really funny tapi sweet untuk dikanang.

but once my late grandfather cakap masa abati balum sedia kan kawin "indakan sudah kami menutup mata" something cematulah. lupa apa nenda cakap. so tarus lah abati setuju sebab demi Ayahnda Bonda tercinta. Masha Allah.

sedari awal, abati and ummi anak yang taat. punya nilai dan kriteria yang sama.. masha Allah. jodoh Allah atu Maha Indah. abati ummi inda pernah kurang ajar sama indung, apa kemahuan indung turut. inda banyak membantah.

i remember masa aku di usia remaja, mula mula my nenda (abati's side) sakit tua. abati ummi menjaga nada sepatah pun merungut. especially ummi (yang cuma menantu) kan kalau semakin kitane meningkat usia tua kitaran hidup kitane kembali macam kanak-kanak. makan pakai mandi ke bilik aing kemana di basuhkan. ya Allah.. pengorbanan yang mulia. sampai nenda meninggal dunia.. sujud dengan tangan kanan masih menyuap rezeki. Allahuakbar. it was in 1996 dalam bulan Ramadhan (she was born in 1914 sebenarnya. tapi dalam IC 1924)

masa tu i was still umur pebalasan, 12 maybe?. i was so sad megenangkan sebab malas menjaga nenda yang kurang sehat. di suruh pun basungut. time ummi was busy, i did not tulung ummi jaga nenda. astaghfirullah.. 

then my late grandfather (abati's side). Alhamdulillah dikurniakan umur yang panjang. kami masih mendapati be nini nya urang. nenda was born in 1911 dalam IC (mungkin 1905 yang banarnya). dua atau 3 tahun sebalum meninggal, kesihatan nenda inda berapa mengizinkan (tapi masih mengagahi ikut puasa anam hehe. i still remember that). ummi paling banyak menjaga (walaupun hanya seorang menantu.. masha Allah) ummi inda pernah basungut menjaga. makan minum disediakan - my nenda memang sedikit pemarah dan mengarasi tapi atu cuma dimulut saja. bagi anak yang memahami, pasti tahu =). tapi walaupun sifatnya cematu, nenda mendangar cakap ummi hehe. cali. banar tah jua a.. indung ane kenal hati kecil anak-anak. siapa yang banar-banar ikhlas atau cuma lisan saja baik. wallahua'lam. kadang kalau nenda mengagahi inda mau itu ini, dangar saja suara ummi.. tarus reda and mengalah. hehe. ada sampai ke tahap nenda sudah inda mampu mengurus makan pakai mandi and sendiri. 

ummi yang jaga nenda. abati ummi sentiasa pastikan keselesaan nenda sepanjang tinggal sama kami. walaupun kami pun masatu kehidupan masih balum setabil, tapi dibuatkan rumah dibawah untuk nenda selesa tinggal. bedapur and bilik mandi sendiri. all savings dan sumber pendapatan diusahakan abati ummi untuk di peruntukkan ke sana. another pengorbanan i must say. then nenda passed away peacefully in October 2006. masatu kami mengusai bilik nenda, mencat untuk supaya lebih selesa. but Allah sayangkan nenda. it was in Ramadhan too.

i learnt my lesson. i did jaga my nenda. alhamdulillah Allah bagi ruang menebus rasa besalah sebab dulu inda rajin jaga Almarhumah nenda. tapi aku sayang keduanya.. nanti aku kongsikan pengalaman masa damit with them.

aku 'melihat dan belajar' dari yang ummi buat. pernah masa atu nenda was really not well, sampai kan ke washroom pun 'inda sempurna'. ngam it was my turn untuk lawat nenda di bawah to check if nenda needs anything. then i saw nenda dalam keadaannya. Allahurobbi. meruntun rasa hatiku. so i washed the poo poo for him tanpa ada rasa eyew atau apa-apa. sebab aku lihat ummi did that too.

the last nenda we had (ummi's side). as i observed, kesemua penghidupan almarhum dan almarhumah nenda berakhir didalam dakapan dan jagaan abati ummi. mohon Allah memberikan keberkatan atas bakti abati ummi buat nenda-nenda.

i witnessed nenda menghembuskan nafasnya yang terakhir while i was still holding her hand. i did not cry. it was back then masa 2011. i was still new bekeraja, kelayakan cuti cuma 5 hari. and i did not regret bekaras untuk mengambil keputusan turut ikut ummi ke hospital miri and habiskan cuti berbaki, i did not regret membiarkan 9 tiket went to waste, yang i bought awal setahun sebelumnya ke KL untuk membawa nenda dan keluarga becuti. we had to memandangkan nenda kurang sehat. inda jua siuk belayar kalau nenda inda ikut, sebab my intention was to fulfil her wish untuk lawat pache di Melaka.

story short (hahaha i think panjang sudah my blog post ane. inda apa lah.. it will become a legacy one day kalau aku sudah inda ada. so that my families will have this untuk dibaca when they miss me hehe) i remember masa menjaga nenda di hospital miri, i did not sleep well, kadang 24 jam inda tidur. tidur pun hujung kaki nenda sebab massage urat nadi untuk masukkan blood. nerve nenda sudah banyak menulak thats why the doctors had to find alternatives and ways. we kadang beganti tidur sama ummi. ummi tidur duduk tebangun tebangun ingau. kadang i took turn tidur after subuh sejam dua. bayangkan dengan keadaan kami musafir. nenda kadang 3 4 pagi tebangun menyabut nyabut urang yang sudah inda ada. rupa-rupanya sepanjang almost seminggu atu, sudah tanda seminggu nenda kan meninggalkan kami forever.

aku ingat pernah merasai suhu badan nenda sebalum menghembuskan nafas terakhir. sajuk yang berperingkat. bermula dari hujung kaki, membawa naik ke atas, kemudian parut lapas atu tinggal sedikit di lihir, 3 kali tarik.. Allahuakbar.. nenda pergi. i did not cry. sebab mungkin 'rasa kebaloian' jaga nenda sepanjang being hospitalised and thought that nenda was in pain and Allah sayang nenda. but ummi is a superwoman.

Mohon Allah berikan keampunan seluas luasnya buat almarhum dan almarhumah nenda nenda. Amin.

with regards to pengurusan kewangan, abati ummi pasan. set target. jangan membajir banyakkan menyimpan. hidup jangan begantung sumber loan atau credit card. bukannya membagi kesanangan tu. barang pakaian cukup tah ala kadar, jangan di res. kan membubut trend (self relief sebab aku bukan jenis yang suka ikut trend. aku pakai yang aku selesa dan rasa perlu saja).

abati cakap pengurusan kewangan tadbir dipacah-pacah. more or less macam ane :

1. bahagikan penyimpanan untuk :

* simpanan cemerlang - jangan keluarkan walau apapun. simpan untuk bali asset.
* simpanan tetap - untuk support emergency funds tanpa kacau simpanan cemerlang
* simpanan maintenance - maintenance ane merangkumi semua maintenance kehidupan. tertakluk penggunaan. untuk repair kerusakan pun buleh.
* simpanan semasa - untuk pusingan harian

2. dalam akaun semasa pacahkan lagi :
* harian - contoh $5 sehari untuk budget makan. kalau sehari inda bepakai, brought forward so it accumulates ke  following days nya 
* mingguan - peruntukan mungkin makan diluar
* bulanan - belanja bulanan

misalkata yang number 2 atu inda abis digunakan, bawa ke bulan seterusnya. inda perlu diayas dipaksa jua diabiskan.

next, set target untuk bali asset. kalau ada duit ditangan siapa tau ada hamba Allah yang banar-banar kesampitan bejual asset, mungkin atu rezeki untuk kitane membali kemudian niagakan atau dijadikan hasil.

kalau flow kewangan sudah smooth, buleh adjust savings untuk perbelanjaan santai kitane. yang penting betaruhan kata abati ummi. inda diketahui kalau baguna suka duka, inda payah mengusut adi beradi, dangan atau ka bank. membuat saja pinjaman arah simpanan sendiri.

its true but then, aku yang kurang disiplin hehehe. *rasa besalah* zero balance in the account. Yikes! Ngeri.

one thing yang jujur aku rasakan sangat bebaloi untuk dibuat sebagai 'penyambung pendapatan' is asset - rumah sewa.

tahu kenapa? i learned this from abati ummi.

kalau ada duit, buatkan rumah sewa. atur bisai-bisai. ikut target market, kalau kan untuk disewakan ikut pintu mungkin dalam sewa bulanan 500 kebawah. tertakluk. kalau untuk sewa pihak berkenaan, buat rumah basar sewa 2000 keatas. but we can always start small though. belurih 5 pintu, with 500 per month so ujung bulan = 5 X $500 = $2,500. almost membubut gaji ijazah.

di awal permulaan, duit sewa yang dikutip balikkan dulu kos membuat rumah. contoh buat rumah $10,000. simpan dulu sampai bebalik kos kalau mau capat so that dapat plan untuk buat another rumah sewa contohnya. atau buat pacahan. 80-10-10 ratio untuk balikkan kos pembinaan, maintenance dan keuntungan.

elak membuat bisnes conventional kalau duit simpanan bank 200K pun inda sampai. sebab risiko kerugian banyak. bayar sewa bangunan, pekerja and macam-macam lagi faktor menyumbang. kitane semakin lanjut usia ane mau jua kan merasa kehidupan santai, ibadah, besedakah. inda lagi bekarih kan menggunakan ujud. baik masa Allah bagi kesihatan, kalau diri sudah inda sihat, siapa kan menjalankan bisnes? anak-anak balum tantu dapat menjalankan.

that is why i feel that rumah sewa ane mampu menjana pendapatan jangka masa panjang. disamping menerima gaji, menerima jua hasil sewa. nda ja? well it depends jua macam mana pandangan masing masing hehe. atu cuma jalan dan kaedah.

"fahami konsep kehidupan, sanang kamu ari lain. kalau anak-anak kamu pandai sudah mentadbir diri sendiri dengan kewangannya and kehidupannya. inda lagi diri yang sudah ba umur umur ane kan sepanjang-panjangnya susah ati meliat keadaan masalah kehidupan anak-anak. bila tah kan sanang." - abati

banar pulang nya urang usin inda di bawa kemati. tapi pikir saja kematian pun perlu kos ;) yang penting kitane buat dijalan yang diredhai Allah.

"inda ba usin usaha. kalau sudah ba usin, maintain saja kehidupan macam biasa. jangan tah kan menunjuk-nunjuk aku tedapat itu ini. inda payah tu. low profile saja" - abati ummi.

ingatan untuk diri sendiri.



salute lah abati ummi. for me, they're a perfect match from heaven. mohon Allah kurniakan kesihatan berpanjangan, keberkatan hidup, dijanjikan syurga firdausi tanpa hisab dan bahagia dunia akhirat, amin.

p/s : i should start very soon tapi payah nada disiplin diri, mohon Allah permudahkan. sorry for a very long post. kalau abiskita masih membaca sampai p/s, sungguh anda hebat! terima kasih.

Wallahu ta'ala a'lam

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang