Search This Blog

Thursday, 29 October 2015

Cinta itu buta

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Cinta itu buta
Mungkin hanya pada pandangan mata
Jika hati dilapisi iman
Pasti tidak.
Kerana apa?
Kerana hati merasa. Namun hati-hati dengan cinta khuatir ia perhiasan musuh manusia nyata.
Jika terjebak sama, susah untuk bernyawa.

Jika aku kamu tanya tentang cinta, aku hanya mampu tersenyum. Kerana aku tidak mengenal apa itu cinta.
Aku cuma punya cinta untuk diberi. Masih aku simpan sehingga kini.
Cukup untuk diri sendiri, keluarga dan ilahi,
Dan nanti. Untukmu suami.

Akan aku hiasi taman hatimu dengan bunga cinta sejatiku
Akan aku sirami jiwamu dengan sinar ceria
Akan aku genggam erat dalam hati

Aku wanita mungkin sukar untuk engkau mengerti rajuk ku yang tidak bertepi
Yang seringkali rajuk ku sepi kemas ku sembunyi
Andai diriku tidak mampu engkau fahami..
Cukuplah engkau menyintai aku sepenuh hatimu tanpa jemu sehingga hujung hayatku

No comments:

Post a Comment

Nuffnang