Search This Blog

Saturday, 14 November 2015

Maafkan dan/atau Lupakan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Bicara soal hati. Soal kehidupan.
Kull yaum.. banyak pekara yang kitane buleh refleksi diri. Untuk sentiasa maintain menjadi positif bukannya mudah. Mungkin akan menjadi mudah jika sudah istiqomah.

Misalan, pernah di timpa musibah kawan makan kawan. Atau pun mungkin yang melibatkan sesuatu mahupun seseorang yang kitane sayang. Pastinya kitane terasa teraniyaya. How would you react.. adakah kitane kan membanci atau bedandam with that person sehingga hujung nyawa? It depends sebenarnya. Pelbagai sudut dapat di ambil iktibar.

Mungkin lupakan dan jauhkan diri atau mengelak. Lebih baik daripada mengundang sengketa.

Atau kitane mengambil keputusan untuk berniat akan membalas balik malah mendoakan kecelakaan? Waliyadzubillah. Namun persoalannya sampai bila? Adakah hati akan bahagia hanya dengan berdendam?

Personally i would say.. memang inda akan bahagia. Kerana hati penuh duka. Tapi jika benar ianya terjadi.. aku lebih rela memilih untuk memaafkan dan melupakan. Memaafkan setiap kesalahan dan melupakan segala kejahatan. Cukuplah mengenang akan kebaikan. Dan menyepikan dan menghilangkan diri itu suatu yang pasti. Walaupun pada awal mula mungkin sedikit sukar.. tapi kitane ne hidup bukan menungkat langit. Pada fikiran yang waras mungkin akan bersoal jawap. Siapa kita untuk inda memaafkan? Sedangkan baginda Nabi pemaaf urang nya. Allah Azza wajalla Maha Pengampun.

Adakah kitane buleh menjanjikan yang diri kitane inda pernah akan silap, inda pernah akan melakukan pekara yang sama?

I'm sure you would not be able to say so. Kan? So maafkan. Lupakan. Pilih lah untuk bahagia.

Inda perlu kitane kan ungkit "di sebabkan kedia aku jadi cemane", "kalau inda ku manulong.. nada ya kaya tu sipulan atu" dan sekian sekian. Rezeki kitane di tangan Allah bukan manusia.

Cuba periksa hati? Pasti banyak titik titik hitam. Astaghfirullah.

Atau masih ingin memperkatakan dengan mendabik dada "bukan ingin cakap sombong". Prof Dr Muhaya cakap, inda perlu cakap dengan mengatakan sedemikian pun sebenarnya sudah ada unsur riak dan sombong. Urang yang banar banar inda sombong, ia inda akan mengatakan sedemikian. Wallahua'lam.

Soal darjat. Soal pangkat. Soal keturunan. Kitane siapa untuk menentukan keturunan sekian sekian yang lebih baik? All of that hanyalah kebesaran duniawi.. cukuplah.. ia nya tidak kekal.

Semoga kitane mampu hidup harmoni.. amin.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang