Search This Blog

Sunday, 12 June 2016

Maaf, Sorry dan berkali-kali

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Marhaban ya Ramadhan. Alhamdulillah wa syukurillah kitane dipertemukan dengan Ramadhan lagi. Berapa ramai yang inda sampat menemui ke Ramadhan seterusnya? *muhasabah diri*

Sorry, maaf. Atu sepatutnya kata kunci ajaib.

Tapi kalau sejuta kali sorry, beribu kali maaf? Tapi di ulang-ulang tanpa rasa banar besalah and tanpa perasaan.. ma makna? Wallahu a'lam. Hanya Allah yang Maha Ghafururrahim.

Kalau kitane pasangan suami isteri. Utamakan komunikasi. Cemerlangkan komunikasi. Jujur dan telus. Be transparent tanpa selindung. Namanya hidup besama, kan kan. setiap cerita biasa biasa, suka duka bahagia kongsi sama. Selasaikan sama-sama. *ahem. Kalau kan siok sendiri saja, baik inda payah kawin. Ngomong aja sama dinding hehe*

Tapi kalau becerita sama kawan dalam text, be it group atau private, bukan main komited kitane. Pikir balik. Keutamaan komunikasi alam maya vs alam realiti? berhati-hati.

 
source : google

Kalau biskita buleh membaca pemikiran hati pasangan atau paham walau tanpa komunikasi sepatah kata.. ajaib. tahniah. Biskita mungkin pasangan alien atau bukan penduduk bumi. Hehe!
source : google

Ramai yang gagal kalau..

Mendangar tapi inda menghayati.

Bejanji tapi inda ditepati (walaupun kitane cakap insha Allah atau 50-50, nada masalah inda jadi.. apatah salahnya kalau maklumkan lagi sekali. nda taulah mungkin perlu bayar bejuta barangkali untuk bepadah). apa salahnya bagitau saja sebalum ditanya?

Pernah dangar "whats important to me, is not important to you. Whats important to you may not be important to me"?

Jangan sampai atu tejadi. Ubat nya adalah peka dan toleransi. Kepentingan setiap sesuatu pekara, nilainya hanya individu atu yang tau. Usah diperlekeh.

Susah? Biasalah. Nama nya kehidupan dua dunia bersatu. Masing masing punya kepentingan berlainan. Embrace without complain.

Ingin bahagia?

Jangan sama kan setiap individu, acuan hidup berlainan. Ibaratnya.. nada satu borang permohonan yang fits all. Sedangkan saiz kasut baju seluar lagi ada X, XS, M, L dan sebagainya. Apply dalam kehidupan. Cuba belajar memahami dan mengambil kira. Inda pun cemerlang, atu usaha. And it counts.

Jangan jadikan maaf dan sorry sebagai TIKET MUDAH untuk menutup cerita, melupakan silap, konon malas kan panjang-panjang cerita. No. Its not about sorry maaf saja. Sebab bagi setengah urang, maaf dan sorry atu beharga. Usah dicuaikan.

"Minta maaf ah. Nda ku taliat keritamu paking. Aku atu ba misis masa driving. Yatah telanggar kerita mu. Binasa tu. Belipat ampat. Nda ku bausin kan mengganti"

Apakah relevan kemaafan di situ?

"Sorry ah. Aku tetatak putus tangan anak mu"

Apakah redha dengan hanya sorry?

Jika isu berkaitan dengan rasa dan hati.. perbaiki, teliti, jangan abaikan. Sebab akan sampai suatu saat.. hati mungkin menjadi mati, rasa kian hilang untuk menerima permohonan maaf. Bukan inda memaafkan cuma sudah tiada memberikan makna apa apa; Kayu. Insha Allah.. Jaga yang itu wahai pasangan. tapinya, inda salah jua meminta maaf, sweet tu.

Apapun, inda mendatang kan manfaat jua kalau kitane ego. especially pasangan suami isteri. Kan manang sendiri. Menyalahkan sesama sendiri. Cuba untuk berlapang dada. Timbang baik buruk. Kasih sayang will always wins.

source : google
awww... this is just too cute! walau sesajuk winter, a big warm hug is the best.

Bukan semua insan mudah 'di gula-gulakan'.

Allah ciptakan manusia dengan pelbagai kelebihan. Ada yang mampu membaca 'penipuan dalam bicara', melihat kepincangan dalam kesempurnaan, menilai sifat dari perbuatan dan atur langkah.

Dan bukan semua manusia suka membuka kelebihan diri sendiri. Ada yang cuma melihat dan memerhati tanpa sepatah kata. Berhati hati. Lebih baik jujur dan usah berselindung. Kerana sebenarnya ada yang tahu.

All what we want...

Pasangan yang sentiasa ada di sisi. Walaupun jauh di mata (atas urusan keraja dan sebagainya) tapi always rasa ampir pada perhubungan (kan masane canggih, telipun, media sosial belambak. Gunakan sebaiknya)

Apa lagi alasan kitane supaya keep updated?

Jangan pernah berhenti dalam memberi. Bagi masa, bagi rasa, bagi sayang, bagi cerita.. sebab perhubungan yang penuh dengan pengisian.. insha Allah bertahan. jangan jemu.

Jadilah pasangan yang, kalau tah marah sekali pun.. menyamal sekali pun, inda mengabaikan. Inda 'meninggalkan'. Work it out. Usahakan tapi bukan di peibunkan. Because its not funny der.

semakin berusia harus semakin sweet. marah pun masih payungi.. masih sayang nda berubah.
Dear future husband, please? hehe.


p/s : keindahan pada cinta, kasih dan sayang ialah banyakkan memberi, tanpa meminta.

Wallahua'lam. semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang