Search This Blog

Wednesday, 15 June 2016

Merista-rista & Galak rasa


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 


Ramadhan ke sembilan. Harapnya ada peningkatan. Terutamanya imaan. Pernah menerima pertolongan atau di offer peluang? It doesn't really matter sebenarnya, sama ada kana bagi peluang pekerajahan, ruang menjana pendapatan, ada diajarkan skill/kaedah tertentu, atau pun berupa pemberian.

Salah-salah nya kitane. Kitane terima, temakan budi. Kitane tulak, takut dikata inda sudi. Kalau ianya dikalangan keluarga atau kenalan rapat.. nda jadi masalah barangkali. Kalau kawan, ikut jua siapa urang nya.

Maklum lah kitane, manusia ada pelbagai karenah. Cuba kitane lihat situasi ane..

Situasi kan membari pakaian baru dan lama.

"Di rumah banyak tu baju-baju ku inda ba pakai.. baru masih. Ada yang jarang-jarang inda ku makai atu pun baik lakat. Baguna kau?"

Kita melihat dari segi adat, adab dan akhlak.

Kalau kan membagi atu, rasanya nda relevan di tanya "baguna kau" uja. Apa salahnya kalau kitane bungkus, sediakan and unjuk saja bagi.

Kalau kitane sebagai yang menerima, jaga jua akhlak. Inda salah menerima, kalau inda tepakai sekalipun, buleh panjang kan amal. Hadiahkan arah urang lain yang lebih memerlukan.

Kenapa?

Menjaga water face nya urang hehehe. Inda jua urang yang kan di bagi atu kan te asi-asi becakap "Baguna iiihhh" . kalau urang abis bank mana saja. Kalau urang atu nda berapa pembunyi. Nda kah ia galak rasa jadinya?

Disuatu masa yang lain. Misalkata nampak tah kitane, baju-baju yang kitane bagi atu dipakainya. Adakah kitane akan becakap miyane (situasi di khalayak ramai, di majlis atau jemputan)..

"Nah sadang ah di badan mu baju ku bagi sariatu"

"Bisai jua ah baju ku bagi kau atu"

Atau

Kitane senyum saja dalam hati besyukur kepada Allah dengan amal jariah sadakah kitane di manfaatkan. Tanpa perlu 'merista-rista pembarian'.

Kitane pilih pebuatan yang mana? Tepuk dada tanya iman diri.

Kebanyakan kitane suka merista. Merista tentang kebaikan urang,  alhamdulillah tapi Allah jua yang Maha Kasih.

"Toh kan.. lurus yang ku bagitau kan kadikau atu"
"Eseh.. pandai sudah ia batukang-tukang lapas kuajar atu"
"Mun inda ku membawai kedia ke laut, sampai karang ane sekong lauk pun inda ia kilala"
"Eeh.. mun ndada kediaku tu bapadah. Ndada ia pemandai tu"

Kalau bab merista petolongan, pembarian dan sebagainya.. rasa-rasanya kurang wajar dan tidak perlu sebab inda mendatangkan manfaat. Kenapa perlu highlight diri sendiri?

Siapa yang mampu menahan hatinya dari berbuat sedemikian? Tahniah. Biskita seorang yang hebat.
Sebab kitane tau, Allah pilih kitane untuk membantu atau membuka jalan urang kearah kebaikan. And kalau ia bejaya, semua atu Allah sudah janjikan, melalui manusia ke manusia. Allahuakbar. Sebagai tanda peringatan Allah Maha Kuasa.

Kitane bukan hidup di zaman Saiditina Mariam. Dimana Allah kabulkan permintaannya di dapan mata. Cuba tia kalau karang ane ada macam atu. Andang mengkali kitane lupa diri. Perasaan riak menguasai.

Jangantah jua jauh, filem p.ramlee buluh betung sudah ada pengajarannya. Kesaktian uja kitane.

Misalkata, kitane kenal sudah dengan fe'el (sikap sifat) nya, bisaitah di tulak dengan cara baik. Andang jua dikemudian hari, kompom ia ringan mulut merista-rista (mengungkit-ungkit dalam bahasa oxford nya hehehe).

Akhir qalam, apa pun 'amal kebaikan yang kitane buat atau setiap sampaikan kepada urang..
tahan hati,
tahan lidah,
tahan tutur bicara.. daripada merista-rista. Meskipun kitane ingin rasa berbangga (istighfar dan syukur kepada Allah itu sudah memadai. Kenapa perlu di canang?) Bukan apa.. takut urang galak rasa. Dan menimbulkan riak dalam dada.


Pecayalah, atu semua datang dari Allah sebagai ujian dalam bentuk kebaikan.

Wal'iyadzubillah.

P/s : rasa hebat? Muhasabah diri. Andai Allah tarik semula nikmat sedemikian. Apa yang kita ada? . Kosong.

Penceritaan ane hanya pendapat dan pandangan peribadi. I would love to know apa pandangan biskita pulang, komen? =)

Allahu ta'ala a'lam

No comments:

Post a Comment

Nuffnang