Search This Blog

Wednesday, 31 August 2016

Kesibukan & Alasan


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Alhamdulillah wa syukurillah.

Hows everyone doing so far?
Insha Allah, apapun kesibukan, fasa kehidupan berubah dan kesihatan.. mohon semuanya dipenuhi dengan keberkatan. AMIN

Terlintas di minda about kesibukan. Nowadays, terlalu banyak perkara yang contribute kepada kehidupan kitane seharian yang menjadikan kitane sibuk sepanjang masa, hinggakan waktu terasa terlalu singkat. Don't you think so?

Masing-masing sibuk. Apakah kitane sibuk dan mencipta alasan tanpa kitane sedari? *seram*

Sebagai seorang hamba, kitane rasa terlalu sibuk.. hinggakan ibadah wajib terabai. Waliyadzubillah. Apatah lagi ibadah sunnat umpamanya. Kita beralasan dengan diri sendiri dan Allah Azza Wajjal. #notabuatdiri

Sebagai seorang anak, tenggelam dan jauh dari melaksanakan tanggungjawab asas. Kitane beralasan dengan ibu bapa, keluarga. *sedih*

Sebagai seorang suami atau isteri, di sibukkan dengan tugasan atau ..... gadget?, ma makna? Kitane beralasan dengan pasangan. *parah*

Alasan ada kalanya kitane cipta dan atur. Ada kalanya tanpa kita sedari.

Antara yang paling bahaya, rumahtangga. Perhatikan dan selami "alasan-alasan" yang sudah kitane berikan atau lalui.

Kelaziman dikaitkan dengan kitane seorang isteri. Terlalu sibuk dengan anak-anak dan kerja rumah hingga terabai suami. *probably its true though, semakin berusia rumahtangga semakin kita akan terlalai dan terleka. Berada di zon yang selesa*

Tetapi suami yang hebat dan penyayang, akan faham dan meringankan tangan membantu. *mohon dikurniakan pasangan sedemikian* (But kalau kitane inda mengubah diri, pasangan pun ada ketikanya akan 'berasa letih berjuang sendirian')

On a related note, ada ketikanya isteri 'sibuk dengan gadget dan perbualan sahabat alam maya' (not to mention kadang suami dengan permainan game dan seumpamanya) hinggakan kitane lupa.. insan-insan alam realiti dan sekeliling need us more than them yang di alam maya.

Hati-hati para suami dan isteri.

Kesibukan yang sedemikian, hanya akan 'meletihkan' diri, emosi tanpa sebab.

Mungkin sudah sampai masanya, untuk kitane kembali kepada zaman dunia tanpa teknologi. Kan kan.. Where we get to spend time more with our spouses atau anak-anak. Teknologi sama penting. Guna jika perlu. Usah obses.

Pernah ada terbaca artikel tentang budaya atau amalan French ladies yang suka makan tetapi masih punya body figure yang maintain. Baca dan kaji serta cuba memahami.

I found out that in summary, dalam kehidupan mereka menghargai kualiti daripada kuantiti, menikmati makanan dengan perlahan sambil menghargai perbualan sesama manusia.

Kalau kitane tebalik pulang, makanan or minuman kalau buleh Upsize and XXL portion hehe.

Furthermore, kalau segagas manapun durang, umpamanya berabut for appointment. They will stop for a while untuk betegur sapa and live in the moment. Appreciate the moment.

So when i read, banyak benefits yang buleh kitane pelajari from them.

Anyway, bukan kitane untuk menunding jari kepada sesiapa. Cukup kitane perbaiki diri, belajar untuk menghargai moments dan manusia. Kalaupun kitane sudah terlalu lama lalai.. quickly berubah dan perbaiki. Itu lebih sempurna.

Jom nilai semula..

Kenapa kitane buleh menghadiahkan senyuman manis kepada kawan atau orang lain tapi bermasam muka with pasangan dan keluarga?

Kenapa kitane buleh belambut bicara dan bahasa dengan orang lain tapi berkasar with pasangan dan keluarga?

Kita lebih menghargai orang lain tapi kurang ambil perhatian kepada pasangan dan keluarga.

Hargailah insan yang kita sayang. Ada ketikanya kasih sayang dizahirkan melalui bicara dan bahasa kerana kita manusia mudah lupa.

Ada perlunya lafaz-lafaz dan ungkapan istimewa diperbaharui.

Come on people, usah terlalu mengikut norma dunia.. contoh.. lelaki kurang melafazkan yang terindah atau wanita terlalu beremosi. Jika ianya sebuah kekurangan, kitane mulakan dulu dalam memperbaiki. If that sparks happiness for everyone, be creative and keep it going.

Keep in mind, Mati itu pasti, hidup insha Allah. Gandakan setiap usaha buat mereka yang kita sayang yang masih hidup, dan tertanam kuat diingatan buat mereka yang telah tiada.

Allahuta'ala a'lam. Jazaakumullahu khairan khatsiran.

Wednesday, 24 August 2016

Wanita & Hebat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Wanita hebat. Hebatnya wanita. Berbeza makna, berlainan huraian. Berpunca dari sumber yang satu.


Wanita hebat :

Menangani emosi dengan ilmu.

Mentadbir kerajaan hati dengan pembaikan-pembaikan diri dan sekeliling.

Lembut dalam berbicara meski emosi menguasai diri.


Hebatnya wanita :

Walau dengan sedikit kelibat perubahan, mudah terkesan.

Hatta sekecil-kecil pekara, perasaan mudah tersentuh.

Mampu mengurus rumah tangga walaupun sibuk dengan kerjaya.


Wanita, yakin dan percaya. Hebatkan diri dengan ilmu, emosi adalah anugerah Allah. Jika kita mampu menangani dengan aqal selangkah dihadapan, insha Allah ia bukan lagi sebuah kelemahan. Betapa hebatnya diri seorang wanita.

Ibarat lirik lagu, wanita mampu menggoncang dunia dengan tangan yang menghayun buaian.

Jika kita seorang anak, pelihara ibu bapa ibarat nyawa.

Jika kita seorang isteri, jaga suami bagaikan raja.

Jika kita seorang ibu, suami dan anak, dua-dua tetap yang pertama dan utama.

Jika kita seorang rakan, jadilah pembimbing di dunia yang berjaya.

Kerana yang menanti kita adalah syurga.

Allahuta'ala a'lam.

Jazaakumullahu Khairan!

Nuffnang