Search This Blog

Wednesday, 24 August 2016

Wanita & Hebat

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

Wanita hebat. Hebatnya wanita. Berbeza makna, berlainan huraian. Berpunca dari sumber yang satu.


Wanita hebat :

Menangani emosi dengan ilmu.

Mentadbir kerajaan hati dengan pembaikan-pembaikan diri dan sekeliling.

Lembut dalam berbicara meski emosi menguasai diri.


Hebatnya wanita :

Walau dengan sedikit kelibat perubahan, mudah terkesan.

Hatta sekecil-kecil pekara, perasaan mudah tersentuh.

Mampu mengurus rumah tangga walaupun sibuk dengan kerjaya.


Wanita, yakin dan percaya. Hebatkan diri dengan ilmu, emosi adalah anugerah Allah. Jika kita mampu menangani dengan aqal selangkah dihadapan, insha Allah ia bukan lagi sebuah kelemahan. Betapa hebatnya diri seorang wanita.

Ibarat lirik lagu, wanita mampu menggoncang dunia dengan tangan yang menghayun buaian.

Jika kita seorang anak, pelihara ibu bapa ibarat nyawa.

Jika kita seorang isteri, jaga suami bagaikan raja.

Jika kita seorang ibu, suami dan anak, dua-dua tetap yang pertama dan utama.

Jika kita seorang rakan, jadilah pembimbing di dunia yang berjaya.

Kerana yang menanti kita adalah syurga.

Allahuta'ala a'lam.

Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang