Search This Blog

Wednesday, 8 November 2017

Life lessons

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Have you picked up yourself?

Because i did. It feels awesome! And so much positive vibes Hehe

So i have been listening to audiobooks lately. I signed up on audible.com (tapi masih on trial membership though)

Sebenarnya kan cancel the membership with audible but since kejumpahan few books with high ratings, i gave it a chance.

The audiobooks namely :
1. The 5 Second Rule by Mel Robbins (7 hours 14 minutes)
2. I Can't Make This Up : Life Lessons By Kevin Hart (11 hours 15 minutes)

I listened to them dari rumah, ke lunch hours, while driving. Within a day or two, finished. It enriched the soul!

I got addicted to it that i browsed fo some more books. I found another excellent one i.e. The Extraordinary Leadership by Robin Sharma. Mind blowing guys! I even weeped masa lunchtime while chewing the Jollibee chicken hehe! The story touched my heart.

Subhanallah, Maha Berkuasanya Allah. #syukurkumilikMu

till we meet again for some new updates, Insha Allah.

Wednesday, 2 August 2017

Keindahan milikNya

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillahi a'la kulli hal.

i have so many things to reflect upon. banyak pekara tejadi in just a blink of the eyes. suka duka, bahagia derita. but i choose bahagia =) insha Allah.

i almost did not survive di dalam mengharungi ombak di lautan rasa. sungguh, bukan mudah mentadbir kerajaan hati. kadang kitani sendiri pun tewas dalam pertarungan yang kitani sendiri cipta.

so true apa yang Allah sudah tetapkan, kesudahannya yang penting. so in the end, i survived. thats all matter now. *senyum*

i saw instastory posting by Farah Fakhira penulis buku Aku Mahu Hidayah. when i read her post, hati ikut mengiyakan. kebenaran ada di situ. she wrote this.. 
Tanda-tanda Allah sayang kita,
diberikan kesedihan, dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya
diberikan kesakitan, dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dariNya
diberikan kesusahan, dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha
diberikan kehilangan, dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari Allah
diberikan penderitaan, kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada Allah
diberikan kemiskinan, kerana Allah mahu kita meminta padaNya
diberi kehinaan, kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dariNya
i have cried so much, sampai terasa zahirnya hati ditikam. Allahuakbar! hanya atu termampu kuucapkan. it was never easy to go through that painful phase.

aku berkali-kali terjatuh, namun masih waras dan sekuatnya memintal tali Allah. meski diluar solat, aku meneruskan my conversation with Allah. setiap saat dan masa, non stop. mengadu, meminta, memohon.

dalam hati dan fikiran terlalu banyak bersoal jawap. kenapa? apakah inda ada jalan penyelesaian yang lebih baik dari ani?. bukan, bukan salah silap yang dicari. cuma ingin berdamai dengan pemilik hati.

semampunya diusahakan mencari tapi rasanya sudah cukup, sudah sampai masanya. its time to let go apa yang ada digenggaman.

and this song by UNIC got stuck in my head *smile*
Allaahumma, innii astakhiiruka bi'ilmika, wa astaqdiruka biqudratika,wa as-aluka min fadhlikal ‘azhiim, fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wa ta'lamu wa laa a'lamu, wa anta ‘allaamul ghuyuub Allaahumma In Kunta Ta'lamu Anna Haadzal Amro Kahirun Lii Fii Diinii Wa ma'aasyii wa 'aaqibati amrii Faqdurhu lii wayassirhu lii Tsumma baarikli fiih Wa in kunta ta'lamu anna haadzal amro syarrun lii fii diinii wa ma'aasyii wa ‘aaqibati amrii, fashrifhu ‘annii, washrifnii ‘anhu, waqdur liyal khairahaytsu kaana, tsumma radhdhinnii bih
Ya Allah aku beristikharah dengan ilmuMu, Aku memohon kekuatan dengan kekuatanMu, Dan aku memohon keagungan kurniaanMu, Kerana Engkau berkuasa dan tidak pula aku, Engkau mengetahui juga tidak aku, Maha mengetahui yang ghaib, Ya Allah jika ini baik bagiku, Agamaku dan kehidupanku Juga natijahku selepas ini maka tetapkanlah Engkau mudahkanlah, Dan berkatilah aku padanya. Ya Allah jika ini buruk bagiku Agamaku dan kehidupanku Juga natijahku selepas ini maka jauhkannya dariku, Juga jauhkan aku darinya Tetapkan aku dengan kebaikan Sebagaimana yang sepatutnya Kau jadikanku meredhainya.
apapun, i am so happy, sebab Allah telah permudahkan setiap perjalanan yang aku sendiri pada mulanya sukar untuk percaya.. ianya akan berakhir dengan kebaikan.

sungguh, keindahan itu MilikNya, milik Allahu Ajmal.

laahaw la walaa quwwata illa billah.

aku cuma kecewa, logika minda menolak, sebab manusia yang beradab, datang menyapa dengan salam, manusia yang biadap, perginya tanpa berpesan.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Monday, 17 July 2017

Doa; DIA bukan dia

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Berdamailah dengan hati meskipun berkali tersiksa
Bukan semua perkara kita mampu tanai sendirian tanpa meluahkan bicara
Cukup saja kusimpan kemas dalam lipatan minda
Melupakan. Menghilangkan yang pahit, kejam, zalim dan kecewa
Serahkan segalanya kepada DIA Maha Pencipta
Tanpa mencuba untuk menanti hingga tiba suatu saat dan ketika, kerana ia bukan semudah kerdipan mata
Kehilangan seumpama hantaran tanda tanpa tinta
Andai ianya menjadi sebuah perjalanan takdir DIA yang Maha Esa
Bangkitlah jiwa, semadikan sejarah hiba
Kembali bernyawa kerana ada DIA
Seru di dalam doa, semoga jauh dari segala yang duka tanpa bersisa
Aturkan langkah tanpa bayangan diminda
Cukup DIA dalam dakapan jasad, kini, satu nyawa
Musibah hati cukup kuat mematikan jiwa
Semoga tenteram wahai perasaan lara
Mohon tenang ombak selautan rasa
Tanpa dipinta, dengan hormat memulangkan kepada yang empunya
Tanpa merayu, mengambil kembali yang bukan milik dia
Tanpa diduga, hati kian melabuhkan tirai merawat duka
Bukan simpati ingin disua, pandang kepada kasih yang jujur setia
Mengenggam api cinta terpadam sia-sia
Kerana lakaran janji . . Dikotakan tiada, sungguh kecewa
Fitrah manusia, ingat dia dan lupa DIA
Aku tiada daya, kembali kepada DIA . . Lupa dia
Tanpa dia, ada doa dan DIA
Hanya DIA, bukan siapa-siapa.

Thursday, 18 May 2017

True love. Respect.

بسم الله الر حمن الر حيم

I just noticed. Di saat fikiran bercelaru, i prefer to write. As if idea mencurah for blogging. But inda jua semestinya sepanjang masa.

How do you know if it is a true love?

Last night i saw Neelofa's youtube on kempen hari raya or something.

True love. If i were to define, mungkin inda kan tepat. If i were to explain, its all about perasaan. Which, no right or wrong. Sebab hati dan perasaan, penilaiannya bebeza.

But sebagai asas, i would personally think and feel, wajib ada respect. Yeap just that.

Dengan kitani menghormati pasangan kitani, automatically everything will follow.

Kitani hormat perasaan pasangan, kitani akan menjaga perasaannya. Menjaga yang di sukai and inda disukai dan sebagainya.

If kitani hormat masanya, sekiranya lambat atau ada hal yang inda dapat di elakkan, kitani automatically bepadah, call or SMS (or WhatsApp nya urang karang ani)

We will not semberana with tindakan kitani, perbuatan kitani yang melukakan hati dan perasaan.

Eventhough perkataan maaf akan tetap diterima, tapi kenapa memilih jalan meminta maaf kalau kitani ada pilihan untuk melaksanakan yang sepatutnya dan sebaiknya?

And the lists go on.

Bukankah kalau kitani sayang someone, bermakna kitani akan committed with that perasaan?

Sibuk? Ada urusan lain lebih panting? Harap kitani sebagai individu inda menjadikan atu sebagai alasan atau 'jalan mudah'. You may hurt someone's feelings.

Masa bukan ditunggu ada, tapi untuk dicari dan dibagi. Kenapa tunggu kemudian kalau bulih buat now?

Disaat kitani mula 'cuai' dengan 'respect', cuba lihat dan banding tindakan dan perbuatan kitani.. i'm sure pasti tejejas.

Nampak ringan, tapi jangan abaikan pekara ringan.. barat nilainya untuk di galas di dihati.

Its either you go together atau memilih jalan masing-masing.

Its just my personal random opinion. Bagi yang punya pengalaman, should know better than this.

Cuba tanya diri, apakah kitani mau di lakukan sedemikian?

Wallahua'lam.

Friday, 3 February 2017

Hobi berkala

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Recently, aku lebih kerap update entry di dalam blog, ada ketikanya melalui Instagram, Twitter ataupun Tumblr.

Dan kini lebih kepada perbicaraan tanpa pena. mungkin aku lebih selesa bebicara sendiri daripada sesama insan (ini adalah hobi aku. bermonolog) aku lebih gemar menjadi pendengar jika berkongsi cerita bersama rakan. Terlalu sedikit ilmu yang aku ada berbanding mereka, dengan mendengar dan menganalisa bukan kah itu juga satu sumber ilmu? itu apa yang aku rasa. sesekali aku juga turut memberi pendapat seminima mungkin.

Aku tidak perlu kepada pembaca. andai ada.. aku amat menghargai anda. sesekali kita boleh berbicara di ruang komen. mungkin punya cerita dikongsi di alam maya =)


Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 27 January 2017

Al-Hub ; Cinta

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


From the bookfair.

book front cover

"Rabiatul Adawiyah; Perindu Cinta Abadi" by Zahiruddin Zabidi.

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah subhanahu wa taala.


tidak sedikit pun Rabiatul Adawiyah kesal. Padanya, Allah subhanahu wa taala tahu apa yang terbaik untuk dirinya. tiada sebaik-baik tempat mengadu selain Allah subhanahu wa taala. hingga ke akhir hayatnya, Rabiatul Adawiyah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada kekasih hatinya.



Masha Allah.. indahnya cinta. definisi aku serah kepada empunya rasa yang merasakan.


On a different note,


i am so excited! jazaakallahu khairan khatsiran.
alhamdulillah =)) ahsanallahu elaika.


p/s : akan ada kah al-hub yang tulus ikhlas dari insan? wallahuta'ala a'lam. cuma apa yang aku pasti tiada yang sebanding dengan cinta Allah kepada hambaNya dan baginda Nabi kepada ummatnya. ana uhibbuka ya Rasulullah. terimalah cintaku dari 7 petala langit dan 7 petala bumi, meski aku tahu masih tidak akan mampu mengatasi cintamu terhadap kami, ummatmu ya Rasulullah. aku merinduimu. amat merinduimu.. Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 20 January 2017

Diam itu lebih baik?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Sejauh mana kebenaran atau fakta "diam itu adalah lebih baik?"

For me its okay. Diam itu adalah lebih baik. But then ada ketikanya, bukan semua perkara akan selesai jika didiamkan. Dan bukan semua situasi boleh berakhir atau selesai hanya dengan penjelasan yang terperinci.

Harus diambil kira, kebarangkalian tentang elemen-elemen "pembohongan" di dalam penjelasan.

Harus diingat, mungkin saja sebuah jawapan membuka ruang kepada sepuluh cabang pertanyaan. Semua boleh teratasi sebenarnya. Insha Allah.

Ada perlunya bersikap jujur pada diri yang bermakna jujur pada semua.

Bicara sesuatu yang tepat agar mudah difahami.

Siapapun, pastinya mendengar dan bertoleransi itu menjadi keutamaan. pegang kemas pesan Nabi. Dan ingat yang ini di hati, lidah lebih tajam dari mata pedang. betul atau salah, jauhkan niat dari menghakimi.

Astaghfirullah. uusikum, wa iyaya.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 13 January 2017

Mutiara di kolam mata

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Aku membaca beberapa entri semasa blog-walking. I just love blog walking tapi kebiasaannya random sahaja.

Teringat kisah beberapa ketika dulu. I was reading an article mengenai isra' mi'raj Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. It was not long after penghijrahan. Aku meneliti dari mula perjalanan baginda, Masha Allah tabarakallah, sungguh menakjubkan. It made me weeps but all the time i can't stop cry.

Saat mula membaca mata sudah berkaca dan penghujungnya berendam air mata. Jelas diingatan, betapa aku mahu meredakan tangisan, bagai tiada tanda tanda untuk berhenti.. Allahuakbar.

its Friday. Kerinduan tiada bertepi, buatmu ya Habibi ya Rasulullah.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Sunday, 8 January 2017

Sekadar lintasan minda

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ketahui keutamaan diri sebagai seorang isteri.

Eh? engkau biar betul mie? hehe jokes aside. cuma sekadar terlintas di minda to write on this topic.

Anyway, tahu keutamaan diri sounds very mudah kan? Tapi tanggungjawab untuk di galas pastinya barat.

Masha Allah tabarakallah. Walaupun aku belum lagi menjawat jawatan tersebut dan belum menyandang gelaran seorang isteri, i just thought of mengongsikan sekadar penceritaan. Siapa tahu ada manfaatnya? Insha Allah.

In my personal opinion, perkahwinan adalah kebahagiaan. Kadar peratus untuk inda gembira atu mungkin buleh dikurangkan. Semua tertakluk kepada kekuatan diri untuk betulak ansur, kefahaman, pengetahuan dan keegoan.

Semua pekara buleh dibincangkan. Buleh diolah. Setelah penyatuan hati.. inda kan kitane kan musnah kan cematu saja just because kitane ada salah faham, be it basar or sekadar remeh temeh, nda dapat terima kekurangan pasangan, jemu?

For mie, jangan pernah jemu. Nya kitane kelanguan. Jangan kelanguan dalam mencipta kebahagiaan. Bukan saja setiap hari.. malah setiap saat dan waktu.

Jangan jadikan kesibukan satu alasan. Sibuk tetap akan ada walaupun sampai kitane menutup mata. Tapi adalah penting untuk kitane make an effort.

Namun sebagai individu, bahagia bermula dari diri.

Apakah dengan menunding jari atas setiap kesalahan atau kekurangan, akan memperbaiki hubungan?

Apakah cukup dengan penyataan rasa hati tanpa tindakan mampu mengemudi bahtera perkahwinan?

Refleksi diri. pilihan atas penerimaan diri sendiri. seek for guidance from ilahi.


Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Sunday, 1 January 2017

Salam 2017

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Here i am sitting by the garden.

Melihat alam, mengimbas kenangan dan merenung ke masa hadapan.

So many things happened in 2016 and years back. With nothing to complain about tapi penuh kesyukuran.. Allah bagi nikmat suka, duka, bahagia dan sebagainya. Alhamdulillahi 'ala kulli hal.

I was thinking to write barangkali at least once a week or month. Insha Allah.

You don't need to wait for another year to make changes.

Menaiktaraf cara berfikir, menambah-baik tadbir urus kerajaan hati. Apa pun perubahan bermula dari diri bukan cuma resolusi, kuncinya adalah kemahuan hati.

Insha Allah, berinut tapi betarusan and betambah. Little changes can make a huge difference.

"Sungguh, Allah tidak menyalahi janji" surah 'ali imran 3 : 9.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Nuffnang