Search This Blog

Friday, 27 January 2017

Al-Hub ; Cinta

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


From the bookfair.

book front cover

"Rabiatul Adawiyah; Perindu Cinta Abadi" by Zahiruddin Zabidi.

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah subhanahu wa taala.


tidak sedikit pun Rabiatul Adawiyah kesal. Padanya, Allah subhanahu wa taala tahu apa yang terbaik untuk dirinya. tiada sebaik-baik tempat mengadu selain Allah subhanahu wa taala. hingga ke akhir hayatnya, Rabiatul Adawiyah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada kekasih hatinya.



Masha Allah.. indahnya cinta. definisi aku serah kepada empunya rasa yang merasakan.


On a different note,


i am so excited! jazaakallahu khairan khatsiran.
alhamdulillah =)) ahsanallahu elaika.


p/s : akan ada kah al-hub yang tulus ikhlas dari insan? wallahuta'ala a'lam. cuma apa yang aku pasti tiada yang sebanding dengan cinta Allah kepada hambaNya dan baginda Nabi kepada ummatnya. ana uhibbuka ya Rasulullah. terimalah cintaku dari 7 petala langit dan 7 petala bumi, meski aku tahu masih tidak akan mampu mengatasi cintamu terhadap kami, ummatmu ya Rasulullah. aku merinduimu. amat merinduimu.. Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 20 January 2017

Diam itu lebih baik?

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Sejauh mana kebenaran atau fakta "diam itu adalah lebih baik?"

For me its okay. Diam itu adalah lebih baik. But then ada ketikanya, bukan semua perkara akan selesai jika didiamkan. Dan bukan semua situasi boleh berakhir atau selesai hanya dengan penjelasan yang terperinci.

Harus diambil kira, kebarangkalian tentang elemen-elemen "pembohongan" di dalam penjelasan.

Harus diingat, mungkin saja sebuah jawapan membuka ruang kepada sepuluh cabang pertanyaan. Semua boleh teratasi sebenarnya. Insha Allah.

Ada perlunya bersikap jujur pada diri yang bermakna jujur pada semua.

Bicara sesuatu yang tepat agar mudah difahami.

Siapapun, pastinya mendengar dan bertoleransi itu menjadi keutamaan. pegang kemas pesan Nabi. Dan ingat yang ini di hati, lidah lebih tajam dari mata pedang. betul atau salah, jauhkan niat dari menghakimi.

Astaghfirullah. uusikum, wa iyaya.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Friday, 13 January 2017

Mutiara di kolam mata

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Aku membaca beberapa entri semasa blog-walking. I just love blog walking tapi kebiasaannya random sahaja.

Teringat kisah beberapa ketika dulu. I was reading an article mengenai isra' mi'raj Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. It was not long after penghijrahan. Aku meneliti dari mula perjalanan baginda, Masha Allah tabarakallah, sungguh menakjubkan. It made me weeps but all the time i can't stop cry.

Saat mula membaca mata sudah berkaca dan penghujungnya berendam air mata. Jelas diingatan, betapa aku mahu meredakan tangisan, bagai tiada tanda tanda untuk berhenti.. Allahuakbar.

its Friday. Kerinduan tiada bertepi, buatmu ya Habibi ya Rasulullah.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Sunday, 8 January 2017

Sekadar lintasan minda

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ketahui keutamaan diri sebagai seorang isteri.

Eh? engkau biar betul mie? hehe jokes aside. cuma sekadar terlintas di minda to write on this topic.

Anyway, tahu keutamaan diri sounds very mudah kan? Tapi tanggungjawab untuk di galas pastinya barat.

Masha Allah tabarakallah. Walaupun aku belum lagi menjawat jawatan tersebut dan belum menyandang gelaran seorang isteri, i just thought of mengongsikan sekadar penceritaan. Siapa tahu ada manfaatnya? Insha Allah.

In my personal opinion, perkahwinan adalah kebahagiaan. Kadar peratus untuk inda gembira atu mungkin buleh dikurangkan. Semua tertakluk kepada kekuatan diri untuk betulak ansur, kefahaman, pengetahuan dan keegoan.

Semua pekara buleh dibincangkan. Buleh diolah. Setelah penyatuan hati.. inda kan kitane kan musnah kan cematu saja just because kitane ada salah faham, be it basar or sekadar remeh temeh, nda dapat terima kekurangan pasangan, jemu?

For mie, jangan pernah jemu. Nya kitane kelanguan. Jangan kelanguan dalam mencipta kebahagiaan. Bukan saja setiap hari.. malah setiap saat dan waktu.

Jangan jadikan kesibukan satu alasan. Sibuk tetap akan ada walaupun sampai kitane menutup mata. Tapi adalah penting untuk kitane make an effort.

Namun sebagai individu, bahagia bermula dari diri.

Apakah dengan menunding jari atas setiap kesalahan atau kekurangan, akan memperbaiki hubungan?

Apakah cukup dengan penyataan rasa hati tanpa tindakan mampu mengemudi bahtera perkahwinan?

Refleksi diri. pilihan atas penerimaan diri sendiri. seek for guidance from ilahi.


Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Sunday, 1 January 2017

Salam 2017

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Here i am sitting by the garden.

Melihat alam, mengimbas kenangan dan merenung ke masa hadapan.

So many things happened in 2016 and years back. With nothing to complain about tapi penuh kesyukuran.. Allah bagi nikmat suka, duka, bahagia dan sebagainya. Alhamdulillahi 'ala kulli hal.

I was thinking to write barangkali at least once a week or month. Insha Allah.

You don't need to wait for another year to make changes.

Menaiktaraf cara berfikir, menambah-baik tadbir urus kerajaan hati. Apa pun perubahan bermula dari diri bukan cuma resolusi, kuncinya adalah kemahuan hati.

Insha Allah, berinut tapi betarusan and betambah. Little changes can make a huge difference.

"Sungguh, Allah tidak menyalahi janji" surah 'ali imran 3 : 9.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

Nuffnang