Search This Blog

Friday, 27 January 2017

Al-Hub ; Cinta

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


From the bookfair.

book front cover

"Rabiatul Adawiyah; Perindu Cinta Abadi" by Zahiruddin Zabidi.

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah subhanahu wa taala.


tidak sedikit pun Rabiatul Adawiyah kesal. Padanya, Allah subhanahu wa taala tahu apa yang terbaik untuk dirinya. tiada sebaik-baik tempat mengadu selain Allah subhanahu wa taala. hingga ke akhir hayatnya, Rabiatul Adawiyah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada kekasih hatinya.



Masha Allah.. indahnya cinta. definisi aku serah kepada empunya rasa yang merasakan.


On a different note,


i am so excited! jazaakallahu khairan khatsiran.
alhamdulillah =)) ahsanallahu elaika.


p/s : akan ada kah al-hub yang tulus ikhlas dari insan? wallahuta'ala a'lam. cuma apa yang aku pasti tiada yang sebanding dengan cinta Allah kepada hambaNya dan baginda Nabi kepada ummatnya. ana uhibbuka ya Rasulullah. terimalah cintaku dari 7 petala langit dan 7 petala bumi, meski aku tahu masih tidak akan mampu mengatasi cintamu terhadap kami, ummatmu ya Rasulullah. aku merinduimu. amat merinduimu.. Allahumma Solli 'ala Saiyidina Muhammad.

Wallahu ta'ala a'lam. Jazaakumullahu Khairan!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang