Search This Blog

Monday, 17 July 2017

Doa; DIA bukan dia

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Berdamailah dengan hati meskipun berkali tersiksa
Bukan semua perkara kita mampu tanai sendirian tanpa meluahkan bicara
Cukup saja kusimpan kemas dalam lipatan minda
Melupakan. Menghilangkan yang pahit, kejam, zalim dan kecewa
Serahkan segalanya kepada DIA Maha Pencipta
Tanpa mencuba untuk menanti hingga tiba suatu saat dan ketika, kerana ia bukan semudah kerdipan mata
Kehilangan seumpama hantaran tanda tanpa tinta
Andai ianya menjadi sebuah perjalanan takdir DIA yang Maha Esa
Bangkitlah jiwa, semadikan sejarah hiba
Kembali bernyawa kerana ada DIA
Seru di dalam doa, semoga jauh dari segala yang duka tanpa bersisa
Aturkan langkah tanpa bayangan diminda
Cukup DIA dalam dakapan jasad, kini, satu nyawa
Musibah hati cukup kuat mematikan jiwa
Semoga tenteram wahai perasaan lara
Mohon tenang ombak selautan rasa
Tanpa dipinta, dengan hormat memulangkan kepada yang empunya
Tanpa merayu, mengambil kembali yang bukan milik dia
Tanpa diduga, hati kian melabuhkan tirai merawat duka
Bukan simpati ingin disua, pandang kepada kasih yang jujur setia
Mengenggam api cinta terpadam sia-sia
Kerana lakaran janji . . Dikotakan tiada, sungguh kecewa
Fitrah manusia, ingat dia dan lupa DIA
Aku tiada daya, kembali kepada DIA . . Lupa dia
Tanpa dia, ada doa dan DIA
Hanya DIA, bukan siapa-siapa.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang